Thursday, March 25, 2010

KEAMANAN NIKMAT YANG PERLU DIPELIHARA

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, iaitu dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.
Bersempena 203 tahun penubuhan pasukan Polis Diraja Malaysia, maka mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk “Keamanan Nikmat Yang Perlu Dipelihara”.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah Sekalian,
Perlu kita insafi bahawa keamanan adalah nikmat kurniaan Allah SWT yang amat berharga. Dengan keamanan agama dapat dipelihara, kemajuan dapat dijana dan keselamatan dapat dirasa. Justeru, pentingnya keamanan dalam kehidupan maka Nabi Ibrahim Khalilullah semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah di kurniakan Allah dengan keamanan dan kemakmuran. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 126 :

Maksudnya : “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.”.

Ayat tersebut menegaskan bahawa keamanan adalah asas utama dalam menegakkan agama Allah SWT dan mengimarahkan sesebuah negara. Perlu kita insafi betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda peperangan, persengketaan dan perpecahan. Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan material serta spiritual, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Perlu kita sedari bahawa akhir-akhir ini pelbagai jenayah berlaku dalam negara kita. Keamanan yang kita nikmati sekian lama semakin hari semakin terancam. Pelbagai kes yang membabitkan kejadian jenayah, dadah, permasalahan sosial remaja dan seumpamanya terus meningkat. Kini negara kita berhadapan pula dengan beberapa isu yang menyentuh persoalan agama yang menjejaskan keharmonian hidup.
Hal ini berlaku berpunca daripada sikap tidak besyukur dengan nikmat keamanan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tanda tidak bersyukur ialah meninggalkan perintah Allah dalam kehidupan seharian. Tuntutan-tuntutan syarak dalam kehidupan berkeluarga, berjiran, bermasyarakat dan bernegara diabaikan. Manakala tegahan syarak pula tidak segan silu dilanggari. Membelakangi panduan beragama akan menimbulkan pelbagai ancaman kepada keselamatan Negara. Hal ini diperingatkan oleh Allah dalam surah al-A’raaf ayat 97-98 :

Maksudnya : Patutkah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?. Atau patutkah penduduk negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka leka bermain-main?

Ayat-ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah SWT akan mendatangkan kesusahan dan bencana kepada sesebuah negara yang mana warganegaranya mengingkari dan mengabaikan perintah beragama. Runtuhnya tamadun umat-umat terdahulu seperti kaum thamud, a’ad dan firaun adalah kerana kekufuran dan kefasikan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Anugerah keamanan dan keharmonian negara perlulah disyukuri dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Dalam hal ini, Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur. Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah ibadah dan jihad.
Antara perkara yang paling asas dalam usaha mengekalkan keamanan adalah dengan bersyukur kepada Allah SWT. Bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah dengan mematuhi dan melaksanakan semua perintah Allah SWT serta meninggalkan segala larangan-Nya. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Anaam ayat 82:

Maksudnya : “Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.”.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Sebagai sebuah negara majmuk, sikap toleransi dan menghormati hak-hak beragama dan kebudayaan semua kaum perlulah dihayati. Justeru, semua pihak di negara kita tanpa mengenal anutan agama, rumpun bangsa dan kedudukan perlulah patuh dan mengiktiraf hak masing-masing sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara. Elakkanlah daripada budaya hidup enau dalam belukar yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain. Selain daripada itu, keamanan juga dapat dipelihara melalui kesedaran dikalangan masyarakat tentang tanggungjawab bersama memelihara keamanan melalui budaya nahyu anil mungkar atau cegah kemungkaran. Perlu difahami bahawa ruang lingkup gugatan keamanan amat luas dan musuh berada dimana-mana. Justeru, tidak mungkin pasukan keselamatan mampu menangani setiap ancaman tersebut.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru semua pihak agar benar-benar menghargai dan mensyukuri nikmat keamanan iaitu dengan meletakkan kepentingan aspek keselamatan melebihi daripada kepentingan peribadi atau kumpulan. Mimbar juga mengharapkan agar pasukan Polis Diraja Malaysia selaku agensi yang menjaga keamanan terus ditingkatkan aspek kemahiran dan kerohanian. Aspek kemahiran amat penting ditingkatkan selari dengan senario ancaman keselamatan yang semakin kronik. manakala kuatnya rohani akan menjadikan pasukan keselamatan lebih berintegriti dan berakauntabiliti dalam berkhidmat secara professional.

Maksudnya : “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasik”.(Ali-Imran110)

Khutbah Kedua
Bacaan Sempena Hari PDRM pada 26 Mac 2010

MusliminYang Dirahmati Allah,
Di kesempatan ini mimbar ingin menarik perhatian para jemaah kepada peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam mengawal keamanan negara melalui kaedah pemulihan dan rawatan. Mulai tahun 2008 Jabatan penjara telah melaksanakan sistem parol iaitu sesetengah banduan dilepaskan dengan menjalani hukuman di luar penjara dibawah pengawasan pegawai parol.

Sistem ini bertujuan agar banduan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat, terutama setelah dibebaskan. Menjadi harapan kerajaan agar semua pihak terutama keluarga, jiran tetangga, para majikan dan pemimpin masyarakat memberikan sokongan kepada Jabatan penjara dalam menjayakan sistem parol ini dengan menerima dan memberi peluang kepada para banduan kembali ke pangkal jalan. Melalui sokongan anggota masyarakat terhadap kaedah ini dipercayai akan dapat mengembalikan para banduan menjalani kehidupan baru yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya usaha mengembalikan pesalah kepangkal jalan adalah satu amar makruf yang selari dengan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2 ;

Maksudnya : “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzab:56)

Fadhilat & Hikmah membaca Adh Dhuha

Surah Adh-Dhuha (bererti waktu Dhuha) merupakan Surah yang ke 93 di dalam Al-Quran, mengandungi 11 ayat. Ia di namakan Adh-Dhuha kerana di awal Surah itu Allah Taala bersumpah dengan waktu tersebut dan juga dengan waktu malam, bahawa Dia tidak meninggalkan atau membenci Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik.

Di dalam surah ini, Allah SWT memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh-musuh Islam.

Surah ini turun setelah begitu lama wahyu terhenti. Sedangkan wahyu itulah sumber kekuatan jiwa baginda, bekalan rohani untuk berdepan dengan peritnya ujian dan beratnya bebanan risalah dakwah. Wahyu-wahyu Allah dan pertemuan dengan kekasihnya adalah penawar untuk merawat luka-luka jiwanya akibat tentangan dan kebencian kaumnya sendiri kepada baginda. Ketika tekanan berada dipuncak Rasulullah itulah turunnya surah ini membawa kasih mesra, rahmat, perdampingan, kerelaan, ketenteraman dan keyakinan, seolah-olah memujuk Baginda SAW.

1. Demi waktu dhuha (ketika matahari naik sepenggalah),
2. Dan demi malam apabila telah sunyi,
3. Tuhanmu tiada meninggalkan kamu (Muhammad) dan tiada (pula) membencimu,
4. Dan sungguh, hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan,
5. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.
6. Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu?
7. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk.
8. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan.
9. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
10. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya.
11. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu nyatakan (dengan bersyukur)

Fadhilatnya

Menurut ulama, apabila Surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid tujuh kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan tujuh kali setiap matahari terbenam, insyaAllah akan terselamat dari kehilangan atau kecurian.

Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian, maka kerjakanlah solat sunat Dhuha tiga kali (dua rakaat sekali) pada setiap padi Jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali. Selepas memberi salam berdoalah memohon kepada Allah SWT.

Selain dari itu, sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Adh-Dhuha empat puluh kali setiap hari, selama empat puluh hari dan berdoa memohon kepada Allah SWT, insyaAllah hidupnya terjauh dari keadaan fakir.

JIRAN NABI MUSA DI SYURGA

Nabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?" Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium, ia kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

Setelah selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara, apa agama kamu?" soal Nabi Musa kepada pemuda tersebut. "Aku agama Tauhid" jawab pemuda itu, iaitu agama Islam. "Habis mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu" kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba" kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap akan melaksanakan tugas aku" sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka dosa diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi kami". Allah juga berfirman lagi yang bermaksud,"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka dipindahkan ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Walau bagaimanapun buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita, itu bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita diampuni oleh Allah SWT. Doa anak yang soleh yang akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur. Erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit tetapi kasih dan sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik disisi Allah.

PERBUATAN ZAHIR & SUASANA BATIN

SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA (SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA KESALAHAN.

Imam Ibnu Athaillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang yang seperti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia. Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan. Oleh kerana itu orang arif tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t atau ‘memaksa’ Allah s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah s.w.t berada di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah terjadi Allah s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan dirinya, baik yang zahir mahu pun yang batin. Manusia yang kuat bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan mereka yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah akhirat. Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahawa amalannya menentukan apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Kepercayaan yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang pergantungan dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan semata-mata ataupun jika mereka bergantung kepada Allah s.w.t, pergantungan itu bercampur dengan keraguan. Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri apakah kuat atau lemah pergantungannya kepada Allah s.w.t. Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada hati apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. Firman-Nya:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )

Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t. Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya. Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka yakin bahawa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia.

Orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya.

Jika orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di kalangan sebahagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya menyerupai sifat orang kafir. Orang yang seperti ini melakukan amalan kerana kepentingan diri sendiri, bukan kerana Allah s.w.t. Orang ini mungkin mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia.Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit, kemiskinan dan sebagainya. Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya.

Sebahagian kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian orang yang bersandar kepada amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian. Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong.

Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan amalnya yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya seperti berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tertinggal melakukan sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia berasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaan mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasauf.

Jadi, ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkesanan amal dalam mendapatkan sesuatu. Golongan pertama kuat berpegang kepada amal zahir, iaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka tersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih diperingkat permulaan pula kuat bersandar kepada amalan batin seperti sembahyang dan berzikir. Jika mereka tertinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka untuk mendapatkan anugerah Allah s.w.t.

Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat. Ia termasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan keberkesanan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu.

Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:

Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.

“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as- Saaffaat )

Orang yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak kerana taufik dan hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( Ayat 40 : Surah an-Naml )

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 : Surah al-Insaan )

Segala-galanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah s.w.t. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.

Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.

Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya. Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir

Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman: "Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya." (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya: "Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)  

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : "Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha ." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)  

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."   Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)  

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)  

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.  

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," (Riwayat At-Thabarani ).

MENYAKSIKAN YANG HAK MELALUI SUASANA KEDAMAIAN

Nabi s.a.w bersabda, “Satu ilham Ilahi yang memutuskan seseorang daripada dunia ini dan kurniaan atas seseorang akan kenyataan atau cermin sifat-sifat Tuhan, menampakkan kepada seseorang keesaan Ilahi, lebih baik daripada pengalaman dunia dan akhirat”. Dan, “Orang yang tidak mengalami zauk (keghairahan) yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan yang hak adalah tidak hidup”.

Banyak ayat-ayat dan hadis-hadis serta perkhabaran daripada wali-wali menceritakan suasana ini.
“Dan apakah orang yang Allah luaskan dadanya kepada Islam, iaitu ia berjalan atas nur dari Tuhannya (sama dengan yang beku hatinya?). Maka kecelakaan (adalah) bagi mereka yang beku hatinya dari mengingat Allah. Mereka itu (adalah) dalam kesesatan yang nyata. Allah telah turunkan sebaik-baik perkataan, kitab yang sebahagiannya menyerupai sebahagiannya, yang diulang-ulangkan, yang seram lantarannya kulit-kulit badan orang yang takut kepada Tuhannya. Kemudian jadi lemas kulit-kulit mereka dan hati-hati mereka kepada mengingat Allah. Yang demikian itu pimpiman Tuhan, yang Ia pimpin dengannya siapa yang Ia kehendaki, dan barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidaklah ada baginya sebarang pimpinan”. (Surah az-Zummar, ayat 22 & 23).

Junaid al-Baghdadi berkata, “Bila zauk (keghairahan) bertemu dengan kenyataan Ilahi di dalam diri seseorang, dia itu berada di dalam keadaan samada kelazatan yang amat sangat atau keharuman yang mendalam”.

Ada dua jenis zauk: zauk lahiriah dan zauk rohaniah. Zauk lahiriah adalah hasil daripada ego diri. Ia tidak memberi kepuasan secara rohaniah. Ia dipengaruhi oleh pancaindera. Sering kali ianya kepura-puraan, berlaku agar dilihat atau diketahui oleh orang lain. Zauk jenis ini tidak berharga sedikit pun kerana ianya disengajakan, dengan kehendak atau niat: orang yang mengalaminya masih merasakan yang dia boleh berbuat dan memilih (tidak ada fana padanya). Tidak guna menganggap penting pengalaman yang demikian.

Zauk kerohanian, Bagaimanapun, keseluruhannya berbeza, suasana yang dihasilkan oleh pengaliran tenaga kerohanian yang melimpah ruah. Secara biasa, pengaruh luar – seperti puisi yang indah yang dibaca, atau Quran dibaca dengan suara yang merdu, atau keghairahan yang dicetuskan oleh upacara zikir sufi – boleh mengakibatkan peningkatan kerohanian. Ini berlaku kerana pada ketika itu penentangan lahiriah seseorang dihapuskan, kehendak dan kekuatan akal untuk memilih diatasi. Bila kekuatan badan dan fikiran sudah dilemahkan suasana zauk adalah semata-mata bersifat kerohanian. Meneruskan perjalanan dengan pengalaman yang demikian sangat besar gunanya bagi seseorang.
“Dan orang yang menjauhi berhala-hala daripada menyembahnya dan kembali kepada Allah adalah bagi mereka khabar yang menggirangkan. Oleh itu girangkanlah hamba-hamba-Ku. Yang mendengar perkataan lalu menurut yang sebaik-baiknya. Merekalah orang-orang yang dipimpin oleh Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang mempunyai fikiran”. (Surah az-Zumar, ayat 17 & 18).

Nyanyian merdu burung-burung, keluhan pencinta, adalah sebahagian daripada penyebab luar yang menggerakkan tenaga kerohanian. Dalam suasana tenaga kerohanian yang demikian syaitan dan ego tidak boleh campur tangan; iblis bertindak di dalam alam kegelapan perbuatan-perbuatan yang muncul daripada ego diri dan tidak boleh berbuat apa-apa di dalam alam kemurahan dan keampunan yang bercahaya. Dalam alam kemurahan dan keampunan Allah, syaitan menjadi cair laksana garam di dalam air, sama seperti ia hilang apabila dibaca:
“La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim” – Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Mulia.

Pengaruh-pengaruh yang merangsangkan zauk kerohanian diterangkan oleh hadis, “Ayat-ayat Quran, puisi yang berhikmah dan ajaib mengenai cinta dan bunyi serta suara kerinduan menyalakan wajah roh”.

Zauk sebenar adalah hubungan cahaya dengan cahaya bila roh insan bertemu dengan cahaya Ilahi. Allah berfirman:
“Yang suci untuk yang suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat 26).

Jika zauk datang dari rangsangan ego dan syaitan tiada cahaya di sana. Di sana hanya ada kegelapan tanpa cahaya, ragu-ragu, penafian dan kekeliruan. Kegelapan menjadi bapa kepada kegelapan. Dalam bahagian roh dan jiwa, ego tidak ada bahagian. Firman Tuhan:
“Yang tidak suci untuk yang tidak suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat 26).

Penzahiran suasana zauk ada dua jenis: penzahiran zauk lahiriah yang bergantung kepada kehendak diri sendiri dan penzahiran zauk kerohanian yang di luar pilihan dan kehendak seseorang. Dalam kes pertama yang nyata ialah disengajakan. Jika seseorang menggeletar, bergoyang dan meraung walaupun bukan di bawah pengaruh kesakitan atau gangguan dalam tubuh, ia tidak dianggap sah. Apa yang sah ialah perubahan yang nyata pada keadaan lahiriah yang tidak disengajakan dan disebabkan oleh keadaan batin seseorang.

Penzahiran yang tidak disengajakan adalah akibat tenaga kerohanian yang tidak dapat dikawal oleh seseorang. Rohnya yang di dalam zauk mengatasi pancaindera. Ia adalah umpama keadaan meracau orang yang demam panas, agak tidak mungkin mencegah orang yang demikian daripada terketar-ketar, bergoyang dan menjadi kaku di dalam meracau itu kerana dia tidak ada kuasa terhadap penzahiran yang keluar atau berlaku kepadanya itu. Begitu juga bila tenaga kerohanian membesar sehingga mengalahkan kehendak, fikiran dan tubuh badan, zauk yang lahir daripada yang demikian adalah benar, jujur dan bersifat kerohanian. Keadaan zauk kerohanian yang demikian, yang di masuki oleh para sahabat akrab Allah di dalam melakukan pergerakan dan pusingan pada upacara mereka, adalah cara untuk menimbulkan keghairahan dan dorongan pada hati mereka. Ini adalah makanan bagi mereka yang mengasihi Allah; ia memberikan tenaga di dalam perjalanan mereka yang sukar dalam mencari yang hak. Nabi s.a.w bersabda, “Upacara keghairahan yang dilakukan oleh para pencinta Allah, tarian dan nyanyian mereka, merupakan kewajipan bagi sebahagian, dan bagi sebahagian yang lain adalah harus sementara bagi yang lain pula adalah bidaah. Ia adalah kewajipan bagi manusia yang sempurna, harus bagi kekasih Allah dan bagi yang lalai adalah bidaah”. Dan, “Adalah sifat yang tidak sihat bagi orang yang tidak merasa kelazatan berada bersama kekasih Allah: puisi orang arif yang mereka nyanyikan, musim bunga, warna dan keharuman bunga, burung dan nyanyiannya”.

Orang yang lalai, yang menganggapkan mencari zauk kerohanian sebagai bidaah, orang yang tidak sihat sifatnya yang tidak dapat menikmati kelazatan yang indah, adalah sakit dan tidak ada penawar untuk penyakit ini. Mereka lebih rendah daripada burung dan haiwan, lebih rendah daripada keldai, kerana haiwan juga menikmati irama. Bila Nabi Daud a.s melagukan suaranya burung-burung terbang di sekelilingnya untuk menikmati kemerduan suaranya. Nabi Daud a.s berkata, “Orang yang tidak mengalami keghairahan tidak dapat merasai agamanya”.

Terdapat sepuluh suasana zauk. Sebahagiannya ketara dan tanda-tandanya kelihatan kepada orang lain, seperti kesedaran rohani dan berzikir mengingati Allah dan membaca Quran dengan senyap. Menangis, merasai penyesalan yang mendalam, takutkan azab Allah, kerinduan dan kesayuan, malu terhadap kelalaian diri; apabila seseorang menjadi pucat atau mukanya berseri-seri kerana keghairahan daripada suasana dalaman dan kejadian di sekelilingnya, membara dengan kerinduan terhadap Allah – semua ini dan semua keganjilan pada lahiriah dan rohaniah yang dihasilkan oleh perkara-perkara tersebut adalah tanda-tanda zauk atau keghairahan.

Wednesday, March 24, 2010

Ilmu Laduni - Satu Pandangan

Ensiklopedia Islam Mengenai Ilmu Laduni

Pengetahuan yang diperoleh seseorang yang soleh dari Allah swt melalui ilham dan tanpa dipelajari lebih dahulu melalui suatu jinjang pendidikan tertentu. Oleh sebab itu, ilmu tersebut bukan hasil dari proses pemikiran, melainkan sepenuhnya tergantung atas kehendak dan karunia Allah swt. Di dalam tasawuf dibedakan tiga jenis alat untuk komunikasi rohaniah, yakni kalbu (hati nurani) untuk mengetahui sifat-sifat Tuhan, roh untuk mencintai-Nya dan bahagian yang paling dalam yakni sirr (rahasia) untuk musyahadah (menyaksikan keindahan, kebesaran, dan kemuliaan Allah swt secara yakin sehingga tidak terjajah lagi oleh nafsu amarah) kepadaNya.

Meski dianggap memiliki hubungan misterius dengan jantung secara jasmani, kalbu bukanlah daging atau darah, melainkan suatu benda halus yang mempunyai potensi untuk mengetahui esensi segala sesuatu. Lapisan dalam dari kalbu disebut roh; sedangkan bagian terdalam dinamakan sirr, kesemuanya itu secara umum disebut hati. Apabila ketiga organ tersebut telah disucikan sesuci-sucinya dan telah dikosongkan dari segala hal yang buruk lalu diisi dengan dzikir yang mendalam, maka hati itu akan dapat mengetahui Allah. Allah swt akan melimpahkan nur cahaya keilahianNya kepada hati yang suci ini.

Hati seperti itu diumpamakan oleh kaum sufi dengan sebuah cermin. Apabila cermin tadi telah dibersihkan dari debu dan noda-noda yang mengotorinya, niscaya ia akan mengkilat, bersih dan bening. Pada saat itu cermin tersebut akan dapat memantulkan gambar apa sahaja yang ada dihadapannya. Demikian juga hati manusia. Apabila ia telah bersih, ia akan dapat memantulkan segala sesuatu yang datang dari Allah. Pengetahuan seperti itu disebut makrifat musyahadah atau ilmu laduni. Semakin tinggi makrifat seseorang semakin banyak pula ia mengetahui rahasi-rahasia Allah swt dan ia pun semakin dekat denganNya.

Meskipun demikian, memperoleh makrifat atau ilmu laduni yang penuh dengan rahasia-rahasia ketuhanan tidaklah mungkin karena manusia serba terbatas, sedangkan ilmu Allah swt tanpa batas, seperti dikatakan oleh Al-Junaid, seorang sufi modern, "Cangkir teh tidak akan dapat menampung segala air yang ada di samudera. Keberadaan dan status ilmu laduni bukan tanpa alasan. Para sufi merujuk keberadaan ilmu ini pada AlQuran (Al Kahfi :60-82) yang memaparkan beberapa episod tentang kisah Nabi Musa as dan Khidir as.

Kisah tersebut dijadikan oleh para sufi sebagai alasan keberadaan dan status ilmu laduni. Mereka memandang Khidir as sebagai orang yang mempunyai ilmu laduni dan Musa as sebagai orang yang mempunya pengetahuan biasa dan ilmu lahir. Ilmu tersebut dinamakan ilmu laduni karena di dalam surah al-Kahfi ayat 65 disebutkan: "wa'allamnahu min ladunna 'ilman.." (..dan yang telah Kami ajarkan kepadanya (Khidir as) ilmu dari sisi Kami). Dengan demikian ilmu yang diterima langsung oleh hati manusia melalui ilham, iluminasi (penerangan) atau inspirasi dari sisi Allah swt disebut ilmu laduni.

Kita akan memperluaskan sedikit pembahasan tentang Ilmu laduni ini, karena semakin banyak orang Islam yang mengaku telah memiliki ilmu aneh ini, kemudian membuat kekacauan dikalangan umat Islam. Sehingga, perlu bagi seorang muslim yang ingin menjaga aqidahnya untuk mengetahui hakekat ilmu laduni tersebut. Disana ada beberapa pertanyaan : Mungkinkah ilmu laduni ini bisa dicari ? Apakah ilmu ini merupakan pemberian Allah kepada orang-orang tertentu, sehingga tidak semua orang bisa memilikinya ? Apakah orang yang memiliki ilmu ini sudah sampai derajat keimanan yang sangat kuat, sehingga dibolehkan meninggalkan sebagian kewajibannya sebagai orang muslim, sebagaimana diyakini oleh sebagian orang ?

Kalau kita buka lembaran Al Quran, ternyata hanya ada satu tempat yang menyebutkan “ilmu laduni“ secara jelas, yaitu di dalam surat Al Kahfi ayat 65. Walaupun harus diakui, ada ayat-ayat lain yang mungkin mencakup pembahasan ilmu laduni ini, tetapi secara tidak langsung. Allah berfirman menceritakan nabi khidhir as. “Maka mereka berdua (Nabi Musa dan pembantunya) mendapatkan seorang hamba dari hamba-hamba Kami (yaitu nabi khidir), yang telah Kami anugrahi rohmat dan telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami (Allah).“ (Al Kahfi:65).

Ayat diatas adalah dasar pembahasan ilmu laduni, bahkan salah satu ayat yang dijadikan referensi utama oleh kelompok tertentu untuk membenarkan keyakinan mereka yang sesat. Mereka menjadi sesat karena menafsirkan ayat tanpa ada dasar keilmuan yang jelas. Ayat diatas menyebutkan lafadh “ (huruf akhir adalah “ a”) , yang berarti : “dari sisi Kami (Allah)“. Ilmu Ladunna berarti ilmu dari sisi Allah. Yang kemudian berkembang dan menjadi ilmu Ladunni (pakai huruf “i“). Kita belum mengetahui secara pasti, mulai kapan istilah ilmu laduni itu muncul, (walaupun sebenarnya bisa diprediksikan muncul setelah abad ke 3 hijriah, bersamaan dengan munculnya kelompok-kelompok sempalan dalam Islam).

Yang jelas, ilmu laduni dinisbatkan pertama kalinya kepada Nabi Khidhhir as. Karena memang teks ayat diatas berkenan dengan cerita Nabi Khidhir as. Ilmu laduni-nya Nabi Khidhir as menurut surat Al Kahfi difokuskan pada satu masalah saja, yaitu pengetahuan tentang masa depan, walau secara terperinci digambarkan dalam tiga peristiwa, yaitu merusak kapal yang sedang berlabuh di pinggir pantai, membunuh anak kecil yang ditemukan di tengah jalan, dan memperbaiki dinding yang mau roboh. Kalau kita padukan antara ilmu laduni dengan ketiga peritiswa di atas, akan kita dapati pertalian yang menghubungkan antara keduanya, yang konklusinya sebagai berikut :

* Ilmu laduni adalah ilmu yang bersumber dari Allah swt (dan Allah swt sahajalah yang memegang kunci-kunci alam ghoib), sedang inti dari ilmu laduni yang dimiliki Nabi Khidhir as adalah pengetahuan tentang masa depan yang nota kebenarannya adalah ilmu ghoib, berarti ilmu laduni yang diajarkan kepada nabi Khidhir adalah ilmu ghoib.
* Oleh karenanya, kalau kita katakan bahwa Khidhir as adalah seorang Nabi dan ini adalah pendapat yang benar, maka Allah telah mengajarkan kepada Nabi Khidhir as sebahagian ilmu ghoib, dan ini wajar-wajar saja, karena salah satu ciri khas wahyu adalah pengetahuan tentang sebagian ilmu ghoib. Dan hal ini hanya dimiliki oleh para nabi dan utusan Allah atau orang-orang yang dikehendaki Allah swt, sebagaimana yang termaktub di dalam firmanNya ; “ Dialah Allah Yang mengetahui ghoib dan Dia tidak memperlihatkan tentang yang ghoib tersebut kepada siapapun juga. Kecuali kepada para Rosul yang diridhoi-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (Malaikat) di muka dan di belakangnya“ (Jin:26-27).
* Namun seiring dengan berjalannya waktu, istilah ilmu laduni menjadi berkembang artinya. Yaitu setiap orang yang mempunyai kelebihan yang aneh-aneh (yang diluar kewajaran manusia), mereka menganggapnya mempunyai ilmu laduni. Seperti kalau kita melihat seseorang berjalan diatas air, atau mengetahui kejadian pada masa yang akan datang , atau dia bisa masuk batu dan selamat dari kepungan musuh atau bisa melihat sesuatu kemudian menjadi hancur dan lain-lainnya.

Bukan hanya itu saja, orang yang bisa menghafal sesuatu dengan cepat, atau mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan dalam ujian, tanpa kelihatan dia belajar sebelumnya, sering di klaim, telah memiliki ilmu laduni. Maka jika sekarang, ada orang yang tiba-tiba mengaku mempunyai ilmu laduni, boleh kita mempercayainya? Untuk menjawab pertanyaan diatas, kita harus merinci dahulu permasalahannya, pada perkara-perkara berikut :

Kalau yang dia maksudkan ilmu laduni seperti yang dimiliki Nabi Khidir as, maka kita tidak boleh mempercayainya sama sekali, karena itu hanya dimiliki oleh para nabi. Kalau dia mengakui memilikinya, sama saja kalau dia mengaku mendapatkan wahyu dari langit atau dengan kata lain dia mengaku nabi, karena yang didapat Nabi Khidir as tidak lebih dari pada sebuah wahyu.Seseorang mungkin bisa mengetahui ilmu ghoib dengan perantara Jin atau syetan. Karena Jin dan syaitan sering mencuri pendengaran tentang hal-hal ghoib dari langit.

Sebagaimana firman Allah di dalam surat Al Hijr:17-18; “Dan Kami jaga langit-langit tersebut dari syetan yang terlaknat, kecuali mereka yang mencuri pendengaran (dari hal-hal yang ghoib ), maka dia akan dikejar oleh batu api yang nyata.“Ayat–ayat senada juga bisa dilihat di dalam surat As Shoffat :10 surat Jin:9. Tapi kalau yang dia maksudkan ilmu laduni adalah ilmu-ilmu kanuragan (ilmu kesaktian) yang ia dapatkan dengan latihan-latihan tertentu, seperti bertapa di tengah sungai selama 40 hari 40 malam, atau puasa selama 40 hari berturut-turut, atau dengan hanya makan nasi putih saja tanpa lauk dalam jangka waktu tertentu atau dengan cara-cara lain yang sering dikerjakan orang.

Maka kita akan teliti dahulu, apakah cara-cara seperti itu pernah diajarkan oleh Rosulullah saw dan para sahabatnya atau tidak? Kalau jawabannya tidak, berarti dia mendapatkan ilmu tersebut dengan meminta bantuan dari jin dan syetan Sebagaimana kita banyak dapati sebagian orang bisa kaya mendadak dengan meminta bantuan Jin dan Syetan.

Perbuatan seperti ini dilarang oleh Islam, sebagaimana firman Allah didalam Surah Jin : 6 "Dan sesungguhnya ada diantara manusia yang meminta perlindungan dari segolongan Jin, maka segolongan Jin itu hanya aka menambah kepada mereka kesusahan." Kita dapati banyak orang pada zaman sekarang yang memelihara Jin untuk memperoleh kekayaan dengan cepat, akhirnya dia menjadi “tumbal” jin yang ia pelihara. Jin itu memangsa tuannya sendiri. Sungguh Maha Benar Allah dengan segala firmanNya.

Jika ilmu laduni tersebut dia dapatkan dengan bertaqwa kepada Allah dengan menjalankan perintah- perintahNya serta menjauhi segala larangan-Nya sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rosulullah saw, maka kita harus percaya kepadanya, tetapi tidak kita sebut ilmu laduni, kita sebut karomah atau ilham atau firasat, menurut jenis kelebihan yang ia punyai.

Sebagaimana firman Allah dalam surat Al Baqarah:282; “…dan bertaqwalah kamu kepada Allah, niscaya Allah akan mengajarimu" juga “Dan sesungguhnya pada peristiwa tersebut (hancurnya kaum Luth) merupakan tanda bagi orang-orang yang mempunyai firasat. Banyak dalil–dalil lain yang menyebutkan adanya istilah-istilah tersebut dalam ajaran Islam.Perlu di garis bawahi, bahwa orang yang punya kelebihan tersebut tidak akan mengaku atau mengumumkan ilmu yang ia miliki di depan umum, kecuali kalau ada muslihat dibalik pemberitahuannya, sehingga dengan terpaksa dia memberitahukan ilmunya itu kepada orang lain. Wallahu a’lam! Maka :

* Bahwa Nabi Khidir as tidak diutus kepada Nabi Musa as. sehingga Nabi Musa as harus mengikuti ajaran Nabi Khidir as. Nabi khidir as menurut sebagian para ulama, diutus kepada kaum tertentu, sebagaimana Nabi Musa as hanya diutus kepada Bani Israil. Dan suatu hal yang sangat wajar sekali, apabila di satu zaman ada dua nabi atau lebih.
* Dalam surat Yasin ayat 13-14, Allah berfirman : “Berikan (wahai Muhammad) kepada mereka sebuah permitsalan para penduduk suatu negri, ketika datang kepada mereka para utusan Allah . Ketika Kami utus kepada mereka 2 orang rosul, maka mereka mendustakan keduanya, maka Kami perkuat dengan rosul yang ketiga, mereka berkata; “Sesungguhnya kami adalah utusan Allah kepada kamu sekalian"
* Contoh yang lain adalah Nabi Ibrohim, Ismail, Ishaq dan Nabi Luth mereka hidup dalam satu zaman. Begitu juga nabi Daud dan Sulaiman, nabi Ya’qub dan Yusuf , nabi Musa , Harun dan Syu’aib, dan terakhir nabi Zakaria, Isa dan Yahya.
* Nabi Khidir as juga bukan pengikut nabi Musa as dan tidak diperintahkan untuk mengikutinya, sehingga boleh-boleh saja bagi nabi Khidir as, berbuat tidak seperti apa yang diajarkan nabi Musa as, karena setiap nabi mempunyai manhaj dan syareah yang berbeda-beda.Kemudian setelah itu datang orang Islam “yang nyleneh” mengaku sebagai wali Allah dan mempunyai ilmu laduni, sehingga membolehkan dirinya keluar atau tidak mengikuti syariah yang di bawa nabi Muhammad saw.( Na’udzibillahi mindzalik).
* Jangankan dia, yang namanya nabi Isa as saja, nantinya kalau turun ke bumi lagi untuk membunuh Dajjal, akan ikut dan patuh dengan syariat nabi Muhammad saw. Berkata Ibnu Abdil Izz al Hanafi : “Barang siapa yang menganggap dirinya dengan Nabi Muhammad saw sebagaimana Nabi Khidir as, dengan Nabi Musa as, atau membolehkan orang lain mengerjakan seperti itu (artinya membolehkan orang lain untuk menyimpang dari ajaran Islam) maka hendaklah dia memperbaharuhi keislamannya, dan mengucapkan syahadat sekali lagi dengan penuh kesungguhan. Karena dengan perbuatannya itu, dia telah keluar dari Islam dia bukannya wali Allah, tetapi sebenarnya dia adalah wali syetan. Inilah yang membedakan antara orang-orang zindiq dengan orang-orang yang istiqomah di dalam ajaran Islam, maka perhatikan baik-baik.
* Nabi Khidir as menurut pendapat yang sebenar, telah wafat sebagaimana manusia lainnya akan mati. Dalilnya sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah Al Anbiya‘ : 34-35; “Dan Kami (Allah) tidak menjadikan seorang manusiapun sebelum kamu (wahai Muhammad) abadi, maka apabila engkau mati, apakah mereka akan abadi? Setiap jiwa akan merasakan kematian. Dan Kami akan menimpakan kepada kamu sekalian kejelekan dan kebaikan sebagai ujian bagi kamu. Dan kepada Kamilah kamu sekalian akan dikembalikan.“

Nabi Khidir dan Ilmu Laduni

Nabi Khidir sememangnya memiliki Ilmu Ladunni.Kewujudan Nabi Khidir(istilah sebenarnya Nabi Khaidir) adalah sahih dan ceritanya disebut dan di dalam Al-quran dalam Surah Al-kahfi ayat 65 hingga ayat 82. Nama sebenarnya ialah Balya bin Malkaan yang tekenal dengan gelaran Nabi Khaidir atau Khadri. Salah satu sebab mengapa beliau digelarkan Al-khadri yang bermaksud hijau kerana ketika Nabi Musa a.s bertemunya buat kali pertama, Balya bin Malkaan berpakaian berwarna hijau. Imam Bukhari meriwayatkan hadis yang bermaksud :

“Nabi Musa a.s dengan pembantunya bernama Yusha bin Nun bin Abraeen bin Yusof a.s telah bertemu dengan Khaidir di satu tempat di tepi laut yang sedang berselimut menutupi seluruh badannya dengan kain hijau”. Namun ada juga pendapat mengatakan bahawa gelarannya adalah sempena nama kampungnya yang bernama Khaidarah. Mujahid pula mengatakan, beliar digelar Al-khaidir kerana ketika beliau bersembahyang, kawasan sekitarnya kelihatan berwarna hijau. Terdapat dakwaan yang mengatakan Nabi Khaidir masih hidup sehingga sekarang dan ini adalah tidak benar, kerana Nabi Muhammad adalah nabi akhir zaman, maka mustahil masih ada nabi yang hidup selepasnya.


Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); Maka Jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? (Al Anbiya : 34)

Kaitan Nabi Hhaidir dengan Ilmu ladunni disebut dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Al-kahfi ayat ke-65 :





"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba kami, yang Telah kami berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang Telah kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.."

Daripada Istilah mil ladunna ‘ilma timbulnya istilah al-‘ilmu al-ladunniyy (العلم اللدني). Seorang hamba di dalam ayat ini mengisahkan bahawa Nabi Musa a.s mengetahui ada seorang hamba Allah s.w.t yang dianugerahkan ilmu khusus dari Allah (Ilmu Ladunni) tanpa sebarang perantaraan dan hamba tersebut menurut ahli tafsir ialah Balya bin Malkaan atau digelar Nabi Khaidir.

Dikisahkan adalam Al-quran bahawa Nabi Musa a.s ingin berjumpa Nabi Khaidir untuk mempelajari ilmu tersebut, namun Nabi Khaidir menegaskan “kamu tidak boleh belajar kerana kamu tidak sabar”. Nabi Musa a.s menyatakan kepada Nabi Khaidir bahawa beliau akan bersabar walau apa jua keadaan, namun kesabarannya tidak sampai kepada tahap yang dimaksudkan Nabi Khaidir. Lalu keduanya berpisah dan Nabi Musa tidak dapat mempelajari Ilmu Ladunni.

Ini menunjukkan, seorang Rasul yang diizinkan Allah s.w.t. untuk bercakap denganNya pun tidak mampu untuk mendapatkan ilmu tersebut walhal Nabi Musa adalah seorang nabi dan pastinya penyabar. Nyatalah, bahawa Ilmu Ladunni adalah satu anugerah Allah s.w.t yang diberikan kepada golongan hambaNya yang paling takut padaNya, tawadhuk dan sayang dengan imunya kerana bimbang Allah s.w.t akan menarik balik daripadanya. Maka mereka yang memiliki ilmu ini sudah tentu tidak akan mendakwa bahawa mereka memiliki ilmu ini atau dengan mudah mengajarkannya kepada orang lain.

Nabi Khidir - Bhg 1

Salah satu kisah Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah s.w.t memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, iaitu:


Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya : "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan ; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun (Al Kahfi : 60)


Kalimat yang samar menunjukkan bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu yang cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma' al-Bahrain (pertemuan dua buah lautan). Di sana terdapat suatu perjanjian penting yang dinanti-nanti oleh Musa ketika beliau sampai di majma' al-Bahrain. Cuba renungkan betapa tempat itu sangat misteri dan samar. Para musafir telah merasakan keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui hakikat tempat ini. Ada yang mengatakan bahawa tempat itu adalah laut Persia dan Romawi. Ada yang mengatakan lagi bahawa itu adalah laut Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang mengatakan bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang kuat dari tempat-tempat itu.

Seandainya tempat itu harus disebutkan nescaya Allah s.w.t akan rnenyebutkannya. Namun Al-Quran al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana Al-Quran tidak menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu kerana adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah tersebut berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita miliki, kerana biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi kerana biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan dengan suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan takdir yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang tebal.

Di samping itu, tempat pertemuan dan waktunya antara hamba yang mulia ini dan Musa juga tidak kita ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa memberitahumu kapan terjadi dan di tempat mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan hal itu, bahkan Al-Quran sengaja menyembunyikan pahlawan dari kisah ini. Allah s.w.t mengisyaratkan hal tersebut dalam firman-Nya:


"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami." (Al-Kahfi:65)

Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, iaitu seorang hamba yang dicari oleh Musa agar ia dapat belajar darinya. Nabi Musa adalah seseorang yang diajak berbicara langsung oleh Allah s.w.t dan ia salah seorang ulul azmi dari para rasul. Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu. Lalu, siapakah gurunya atau pengajarnya?

Pengajarnya adalah seorang hamba yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis yang suci disebutkan bahawa ia adalah Khidir as. Musa berjalan bersama hamba yang menerima ilmunya dari Allah s.w.t tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak ditemani oleh Musa. Khidir memberitahu Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Akhirnya, Khidir mahu ditemani oleh Musa tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya. Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak- gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri Musa.

Sebahagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap sebagai kejahatan di mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain dianggap Musa sebagai hal yang tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan yang lain justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang. Meskipun Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan melihat perilaku hamba yang mendapatkan kurnia ilmunya dari sisi Allah s.w.t.

Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bahagian dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya. Awan tebal yang menyelimuti kisah ini dalam Al-Quran telah menurunkan hujan lebat yang darinya mazhab- mazhab sufi di dalam Islam menjadi segar dan tumbuh. Bahkan terdapat keyakinan yang menyatakan adanya hamba-hamba Allah s.w.t yang bukan termasuk nabi dan syuhada namun para nabi dan para syuhada "cemburu" dengan ilmu mereka. Keyakinan demikian ini timbul kerana pengaruh kisah ini.

Para ulama berbeza pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebahagian mereka mengatakan bahawa ia seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Sebahagian lagi mengatakan bahawa ia seorang nabi. Terdapat banyak cerita bohong tentang kehidupan Khidir dan bagaimana keadaannya. Ada yang mengatakan bahawa ia akan hidup sampai hari kiamat. Yang jelas, kisah Khidir tidak dapat dijabarkan melalui nas-nas atau hadis-hadis yang dapat dipegang (authentic), tetapi kami sendiri berpendapat bahawa beliau meninggal sebagaimana meninggalnya hamba-hamba Allah s.w.t yang lain. Sekarang, kita tinggal membahas kewaliannya dan kenabiannya. Tentu termasuk masalah yang sangat rumit atau membingungkan. Kami akan menyampaikan kisahnya dari awal sebagaimana yang dikemukakan dalam Al-Quran.

Nabi Musa as berbicara di tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka untuk menyembah Allah s.w.t dan menceritakan kepada mereka tentang kebenaran. Pembicaraan Nabi Musa sangat komprehensif dan tepat. Setelah beliau menyampaikan pembicaraannya, salah seorang Bani Israil bertanya: "Apakah ada di muka bumi seseorang yang lebih alim darimu wahai Nabi Allah?" Dengan nada emosi, Musa menjawab: "Tidak ada."

Allah s.w.t tidak setuju dengan jawapan Musa. Lalu Allah s.w.t mengutus Jibril untuk bertanya kepadanya: "Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui di mana Allah s.w.t meletakkan ilmu-Nya?" Musa mengetahui bahawa ia terburu-buru mengambil suatu keputusan. Jibril kembali berkata kepadanya: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai seorang hamba yang berada di majma' al-Bahrain yang ia lebih alim daripada kamu." Jiwa Nabi Musa yang mulia rindu untuk menambah ilmu, lalu timbullah keinginan dalam dirinya untuk pergi dan menemui hamba yang alim ini. Musa bertanya bagaimana ia dapat menemui orang alim itu. Kemudian ia mendapatkan perintah untuk pergi dan membawa ikan di keranjang. Ketika ikan itu hidup dan melompat ke lautan maka di tempat itulah Musa akan menemui hamba yang alim.

Akhirnya, Musa pergi mencari ilmu dan beliau ditemani oleh seorang pembantunya yang masih muda. Pemuda itu membawa ikan di keranjang. Kemudian mereka berdua pergi untuk mencari hamba yang alim dan soleh. Tempat yang mereka cari adalah tempat yang sangat samar dan masalah ini berkaitan dengan hidupnya ikan di keranjang dan kemudian ikan itu akan melompat ke laut. Namun Musa berkeinginan kuat untuk menemukan hamba yang alim ini walaupun beliau harus berjalan sangat jauh dan menempuh waktu yang lama

Nabi Khidir - Bahagian 2

Musa berkata kepada pembantunya: "Aku tidak memberimu tugas apa pun kecuali engkau memberitahuku di mana ikan itu akan berpisah denganmu." Pemuda atau pembantunya berkata: "Sungguh engkau hanya memberi aku tugas yang tidak terlalu berat." Kedua orang itu sampai di suatu batu di sisi laut. Musa tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan pembantunya masih bergadang. Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu bergerak dan hidup lalu melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai tanda yang diberitahukan Allah s.w.t kepada Musa tentang tempat pertemuannya dengan seseorang yang bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar kepadanya. Musa bangkit dari tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan yang dibawanya telah melompat ke laut sedangkan pembantunya lupa untuk menceritakan peristiwa yang terjadi. Lalu Musa bersama pemuda itu melanjutkan perjalanan dan mereka lupa terhadap ikan yang dibawanya. Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia telah merasakan keletihan. Ia berkata kepada pembantunya: "Cuba bawalah kepada kami makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari perjalanan ini."

Pembantunya mulai ingat tentang apa yang terjadi. Ia pun mengingat bagaimana ikan itu melompat ke lautan. Ia segera menceritakan hal itu kepada Nabi Musa. Ia meminta maaf kepada Nabi Musa kerana lupa menceritakan hal itu. Setan telah melupakannya. Keanehan apa pun yang menyertai peristiwa itu, yang jelas ikan itu memang benar-benar berjalan dan bergerak di lautan dengan suatu cara yang mengagumkan. Nabi Musa merasa gembira melihat ikan itu hidup kembali di lautan dan ia berkata: "Demikianlah yang kita inginkan." Melompatnya ikan itu ke lautan adalah sebagai tanda bahawa di tempat itulah mereka akan bertemu dengan seseorang lelaki yang alim. Nabi Musa dan pembantunya kembali dan menyelusuri tempat yang dilaluinya sampai ke tempat yang di situ ikan yang dibawanya bergerak dan menuju ke lautan.

Bayangkan bagaimana Anda berhadapan dengan suatu kesamaran dan tabir yang tebal di mana ketika kita menjumpai suatu tabir di depan kita terpampang maka sebelum tabir itu tersingkap kita harus berhadapan dengan tabir-tabir yang lain. Akhirnya, Musa sampai di tempat di mana ikan itu melompat. Mereka berdua sampai di batu di mana keduanya tidur di dekat situ, lalu ikan yang mereka bawa keluar menuju laut. Di sanalah mereka mendapatkan seorang lelaki. Kami tidak mengetahui namanya, dan bagaimana bentuknya, dan bagaimana bajunya; kami pun tidak mengetahui usianya. Yang kita ketahui hanyalah gambaran dalam yang dijelaskan oleh Al-Quran: "Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahrnat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. " Inilah aspek yang penting dalam kisah itu. Kisah itu terfokus pada sesuatu yang ada di dalam jiwa, bukan tertuju pada hal-hal yang bersifat fizik atau lahiriah. Allah s.w.t berfirman:


"Maka tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: 'Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih kerana perjalanan kita ini.' Muridnya menjawab: 'Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.' Musa berkata: 'Itulah (tempat) yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. " (Al-Kahfi: 61-65)

Bukhari mengatakan bahawa Musa dan pembantunya menemukan Khidir di atas sejadah hijau di tengah-tengah lautan. Ketika Musa melihatnya, ia menyampaikan salam kepadanya. Khidir berkata: "Apakah di bumimu ada salam? Siapa kamu?" Musa menjawab: "Aku adalah Musa." Khidir berkata: "Bukankah engkau Musa dari Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari Bani Israil." Musa berkata: "Dari mana kamu mengenal saya?" Khidir menjawab: "Sesungguhnya yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang memberitahu aku siapa kamu. Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?" Musa berkata dengan penuh kelembutan dan kesopanan: "Apakah aku dapat mengikutimu agar engkau dapat mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh kurnia dari-Nya." Khidir berkata: "Tidakkah cukup di tanganmu Taurat dan bukankah engkau telah mendapatkan wahyu. Sungguh wahai Musa, jika engkau ingin mengikutiku engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku."

Kita ingin memperhatikan sejenak perbezaan antara pertanyaan Musa yang penuh dengan kesopanan dan kelembutan dan jawapan Khidir yang tegas di mana ia memberitahu Musa bahawa ilmunya tidak harus diketahui oleh Musa, sebagaimana ilmu Musa tidak diketahui oleh Khidir. Para ahli tafsir mengemukakan bahawa Khidir berkata kepada Musa: "Ilmuku tidak akan engkau ketahui dan engkau tidak akan mampu sabar untuk menanggung derita dalam memperoleh ilmu itu. Aspek-aspek lahiriah yang engkau kuasai tidak dapat menjadi landasan dan ukuran untuk menilai ilmuku. Barangkali engkau akan melihat dalam tindakan- tindakanku yang tidak engkau fahami sebab-sebabnya. Oleh kerana itu, wahai Musa, engkau tidak akan mampu bersabar ketika ingin mendapatkan ilmuku." Musa mendapatkan suatu pernyataan yang tegas dari Khidir namun beliau kembali mengharapnya untuk mengizinkannya menyertainya untuk belajar darinya. Musa berkata kepadanya bahawa insya-Allah ia akan mendapatinya sebagai orang yang sabar dan tidak akan menentang sedikit pun.

Perhatikanlah bagaimana Musa, seorang Nabi yang berdialog dengan Allah s.w.t, merendah di hadapan hamba ini dan ia menegaskan bahawa ia tidak akan menentang perintahnya. Hamba Allah s.w.t yang namanya tidak disebutkan dalam Al-Quran menyatakan bahawa di sana terdapat syarat yang harus dipenuhi Musa jika ia bersikeras ingin menyertainya dan belajar darinya. Musa bertanya tentang syarat ini, lalu hamba yang soleh ini menentukan agar Musa tidak bertanya sesuatu pun sehingga pada saatnya nanti ia akan mengetahuinya atau hamba yang soleh itu akan memberitahunya. Musa sepakat atas syarat tersebut dan kemudian mereka pun pergi. Perhatikanlah firman Allah s.w.t dalam surah al-Kahfi:



"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' Musa berkata: 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.'" (Al-Kahfi: 66-70)

Nabi Khidir - Bahagian 3

Musa pergi bersama Khidir. Mereka berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu mereka berbicara dengan orang-orang yang ada di sana agar mahu mengangkut mereka. Para pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka pun membawanya berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini sebagai bentuk penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat terkejut ketika perahu itu berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya, Khidir melubangi perahu itu. Ia mencabut papan demi papan dari perahu itu, lalu ia melemparkannya ke laut sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke tempat yang jauh.

Musa menyertai Khidir dan melihat tindakannya dan kemudian ia berfikir. Musa berkata kepada dirinya sendiri: "Apa yang aku lakukan di sini, mengapa aku berada di tempat ini dan menemani laki-laki ini? Mengapa aku tidak tinggal bersama Bani Israil dan membacakan Kitab Allah s.w.t sehingga mereka taat kepadaku? Sungguh Para pemilik perahu ini telah mengangkut kami tanpa meminta upah. Mereka pun memuliakan kami tetapi guruku justru merosak perahu itu dan melubanginya." Tindakan Khidir di mata Musa adalah tindakan yang tercela. Kemudian bangkitlah emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya kepada kebenaran. Ia terdorong untuk bertanya kepada gurunya dan ia lupa tentang syarat yang telah diajukannya, agar ia tidak bertanya apa pun yang terjadi. Musa berkata: "Apakah engkau melubanginya agar para penumpangnya tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang tercela." Mendengar pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t itu menoleh kepadanya dan menunjukkan bahawa usaha Musa untuk belajar darinya menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada Khidir kerana ia lupa dan mengharap kepadanya agar tidak menghukumnya.

Kemudian mereka berdua berjalan melewati suatu kebun yang dijadikan tempat bermain oleh anak-anak kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah letih bermain, salah seorang mereka tampak bersandar di suatu pohon dan rasa kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba, Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba Allah s.w.t ini membunuh anak kecil itu. Musa dengan lantang bertanya kepadanya tentang kejahatan yang baru saja dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki yang tidak berdosa. Hamba Allah s.w.t itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Musa meminta maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia lupa. Musa berjanji tidak akan bertanya lagi. Musa berkata ini adalah kesempatan terakhirku untuk menemanimu. Mereka pun pergi dan meneruskan perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang sangat bakhil. Musa tidak mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu dan mengapa tinggal dan bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu mereka meminta makanan kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu memberi dan tidak mahu menjamu mereka.

Kemudian datanglah waktu petang. Kedua orang itu ingin beristirahat di sebelah dinding yang hampir roboh. Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba itu berusaha membangun dinding yang nyaris roboh itu. Bahkan ia menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki dinding itu dan membangunnya seperti baru. Musa sangat hairan melihat tindakan gurunya. Bagi Musa, desa yang bakhil itu seharusnya tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan yang gratis ini. Musa berkata: "Seandainya engkau mau, engkau bisa mendapat upah atas pembangunan tembok itu." Mendengar perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t itu berkata kepadanya: "Ini adalah batas perpisahan antara dirimu dan diriku." Hamba Allah s.w.t itu mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang seharusnya tidak dilontarkan dan ia mengingatkannya bahawa pertanyaan yang ketiga adalah akhir dari pertemuan.

Kemudian hamba Allah s.w.t itu menceritakan kepada Musa dan membongkar kesamaran dan kebingungan yang dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba yang soleh itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah hasil dari rekayasanya atau dari inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi jambatan yang digerakkan oleh kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang tinggi ini menyiratkan suatu hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang secara lahiriah tampak keras namun pada hakikatnya justru menyembunyikan rahmat dan kasih sayang.

Nabi Khidir - Bahagian Terakhir

Demikianlah bahawa aspek lahiriah bertentangan dengan aspek batiniah. Hal inilah yang tidak diketahui oleh Musa. Meskipun Musa memiliki ilmu yang sangat luas tetapi ilmunya tidak sebanding dengan hamba ini. Ilmu Musa laksana setitis air dibandingkan dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba Allah s.w.t itu hanya memperoleh ilmu dari Allah s.w.t sedikit, sebesar air yang terdapat pada paruh burung yang mengambil dari lautan. Allah s.w.t berfirman:


"Maka berjalanlah heduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'" (Al-Kahfi: 71-82)

Hamba soleh itu menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa ilmunya, yakni ilmu Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya bahawa banyak dari musibah yang terjadi di bumi justru di balik itu terdapat rahmat yang besar. Pemilik perahu itu akan menganggap bahawa usaha melubangi perahu mereka merupakan suatu bencana bagi mereka tetapi sebenarnya di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu kenikmatan yang tidak dapat diketahui kecuali setelah terjadinya peperangan di mana raja akan memerintahkan untuk merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja itu akan membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan demikian, sumber rezeki keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka tidak akan mati kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu akan menganggap bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun kematiannya justru membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah s.w.t akan memberi mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang dapat menjaga mereka dan melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa tua dan mereka tidak akan menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang terbunuh. Demikianlah bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik ternyata justru di balik itu terdapat keburukan.

Mula-mula Nabi Allah s.w.t Musa menentang dan mempersoalkan tindakan hamba Allah s.w.t tersebut, kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba Allah s.w.t itu menyingkapkan kepadanya maksud dari tindakannya dan rahmat Allah s.w.t yang besar yang tersembunyi dari peristiwa-peristiwa yang terjadi. Selanjutnya, Musa kembali menemui pembantunya dan menemaninya untuk kembali ke Bani Israil. Sekarang, Musa mendapatkan keyakinan yang luar biasa. Musa telah belajar dari mereka dua hal: yaitu ia tidak merasa bangga dengan ilmunya dalam syariat kerana di sana terdapat ilmu hakikat, dan ia tidak mempersoalkan musibah-musibah yang dialami oleh manusia kerana di balik itu terdapat rahmat Allah s.w.t yang tersembunyi yang berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya. Itulah pelajaran yang diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa mengetahui bahawa ia berhadapan dengan lautan ilmu yang baru di mana ia bukanlah lautan syariat yang diminum oleh para nabi. Kita berhadapan dengan lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia biasa atau dapat kita cerna dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental yang kita ketahui atau yang biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu para nabi yang Allah s.w.t wahyukan kepada mereka.

Kita sekarang sedang membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu ini? Apakah ia seorang wali atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini dari wali-wali Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni kepadanya tanpa sebab-sebab tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba soleh ini adalah seorang nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama tersebut menyampaikan beberapa argumentasi melalui ayat Al- Quran yang menunjukkan kenabiannya.

Pertama, firman-Nya: "Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-ham- ba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."

Kedua, perkataan Musa kepadanya: "Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?' Musa berkata: 'lnsya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu,'" (Al-Kahfi: 66-70).

Seandainya ia seorang wali dan bukan seorang nabi maka Musa tidak akan berdialog atau berbicara dengannya dengan cara yang demikian dan ia tidak akan menjawab kepada Musa dengan jawapan yang demikian. Bila ia bukan seorang nabi maka bererti ia tidak maksum sehingga Musa tidak harus memperoleh ilmu dari seseorang wali yang tidak maksum.

Ketiga, Khidir menunjukkan keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu melalui wahyu dari Allah s.w.t dan perintah dari-Nya. Ini adalah dalil tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan bukti kuat yang menunjukkan kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya dan hatinya. Boleh jadi apa yang terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum kerana terkadang ia membuat kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh anak kecil itu sebagai bukti kenabiannya.

Keempat, perkataan Khidir kepada Musa: "Sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. " (Al-Kahfi: 82). Yakni, apa yang aku lakukan bukan dari doronganku sendiri namun ia merupakan perintah dari Allah s.w.t dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat para ulama dan para ahli zuhud. Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah seorang Nabi sedangkan para ahli zuhud dan para tokoh sufi berpendapat bahawa Khidir adalah seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Salah satu pernyataan Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh sufi adalah perkataan Wahab bin Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa, manusia akan diseksa di dunia sesuai dengan kadar kecintaan mereka atau kecenderungan mereka terhadapnya (dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits al-Hafi berkata: "Musa berkata kepada Khidir: "Berilah aku nasihat." Khidir menjawab: "Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu untuk taat kepada-Nya." Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang Khidir dan setiap mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan pendapat ini berhujung pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah sebagai pewaris para nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai ahli hakikat yang mana salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah Khidir. Kami sendiri cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi kerana beliau menerima ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang jelas dalam konteks Al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak menemukan nas yang gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk menganggapnya sebagai seorang wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu laduni.

Wasiat Nabi Khidir as

Sebelum Nabi Khidir as berpisah dengan Nabi Musa as yang tidak sabaran, beliau berpesan, "Wahai Musa, sesungguhnya orang yang selalu memberi nasihat itu tidak pernah merasa jemu seperti kejemuan orang-orang yang mendengarkannya. Maka janganlah kamu berlama-lama dalam menasihati. Dan ketahuilah bahwa hatimu itu ibarat sebuah bejana yang kamu rawat dan pelihara dari hal-hal yang memecahkannya.

Kurangilah usaha-usaha dan buanglah jauh-jauh di belakangmu, karena dunia ini bukanlah alam yang akan kamu tempati selamanya. Kamu diciptakan adalah untuk mencari tabungan pahala-pahala akhirat nanti. Bersikap ikhlaslah dan bersabar hati menghadapi kemaksiatan yang dilakukan kaummu. Hai Musa, tumpahkanlah seluruh pengetahuanmu (ilmu) kerana tempat yang kosong akan terisi oleh ilmu yang lain. Janganlah kamu banyak mengomongkan ilmumu kerana kamu akan dipisahkan oleh kaum ulama. Maka bersikaplah sederhana saja, sebab sederhana itu akan menghalangi aibmu dan akan membukakan taufik hidayah Allah untukmu.

Berantaslah kejahilan kamu dengan cara membuang sikap masa; bodohmu (ketidakpedulian)-mu yang selama ini menyelimuti dirimu. Itulah sifat orang-orang arif lagi bijaksana, menjadi rahmat bagi semuanya. Apabila orang bodoh datang kepadamu dan mencarimu, redamlah ia dengan penuh kedewasaan serta keteguhan hatimu. Hai putera Imran, tidaklah kamu sedari bahwa ilmu Allah yang kamu miliki hanya sedikit saja. Sesungguhnya menutup-nutupi kekurangan yang ada pada dirimu atau bersikap sewenang-wenang adalah menyiksa dirimu sendiri.

Janganlah kamu buka pintu ini jika kamu tidak tahu menguncinya. Jangan pula kamu kunci pintu ilmu ini jika kamu tidak tahu bagaimana membukanya, hai putera Imran. Barang siapa suka menunjuk-nunjuk harta benda, dia sendiri; bakal mati tertimbun dengannya hingga dia merasakan akibat dari kekuasaannya. Namun, semua hamba yang mensyukuri semua kurniaan Allah swt serta memohon kesabaran atas ketentuan-ketentuan-Nya, dialah hamba yang zuhud; dan patut diteladani. Bukankah orang seperti itu mampu mengalahkan nafsu syahwatnya dan dapat memerangi pujuk rayu setan? Dan dia pula orang yang mengetahui buah dari ilmu yang selama ini dicarinya.

Segala amal kebajikannya akan dibalas dengan pahala di akhirat. Sedangkan kehidupan dunianya akan tenteram di tengah-tengah masyarakat yang merasakan jasa-jasanya. Hai Musa, pelajarilah olehmu ilmu-ilmu pengetahuan agar kamu dapat mengetahui segala yang belum kamu ketahui misalnya masalah-masalah yang tidak biasa dibincangkan atau dijadikan bahan saja. Itulah pemimpin jalanmu dan orang-orang akan disejukkan hatinya. Hai Musa, putera Imran, jadikanlah pakaianmu bersumber dari dzikir dan fikir serta perbanyaklah amal kebajikan. Suatu hari kamu tidak akan mampu mengelak dari kesalahan, maka pintalah keredhaan Allah dengan berbuat kebajikan, kerana saat-saat tertentu akalmu pasti akan melanggar aturanNya. Sekarang telah kupenuhi kehendakmu untuk memberi pesan-pesan kepadamu. Nasihatku ini tidak akan sia-sia bila kamui menurutinya."

(Diambil dari Kitab Tahzibul Asma Jus 1 Halaman 176-177; Shahih Muslim fi Syarkin Nawawi Jus 15 Halaman 135-136; Ruhul Mu'ni Jus 25 Halaman 223; Fathul Bari Jus Halaman 310)

Tuesday, March 23, 2010

PUTIHKAN HATIMU SEBELUM IA HITAM

Hati tidak dikotori oleh sesuatu yang keluar darinya. Tetapi, ia dikotori oleh sesuatu yang masuk kedalamnya. Oleh itu, putihkanlah hatimu sebelum ia menjadi hitam. Syeikh Ibnu `Atoillah al Sakandari RA menyebut di dalam kitabnya "Bahjat al Nufus" bahawa hati adalah ibarat sebuah pohon. Bilamana ia disiram dengan air ketaatan maka buahnya akan nampak dengan jelas. Mata akan membuahkan penjagaan. Telinga akan membuahkan perhatian terhadap al-Quran dan ilmu. Lidah pula akan membuahkan zikir dan ucapan yang baik. Kedua tangan dan kaki akan membuahkan amal-amal kebajikan, taat serta sikap mahu membantu orang lain. Sementara itu, apabila hati menjadi kering kerana tidak disiram dengan air ketaatan, maka buahnya akan gugur dan manfaatnya turut menghilang.

Syeikh Ibnu `Atoillah al Sakandari RA berkata lagi, "Jika engkau hendak membersihkan dan membuat hatimu kembali menjadi putih serta mengangkat karat yang melekat padanya, maka hendaklah engkau melakukan empat perkara iaitu: Banyak berzikir dan membaca Al-Quran, selalu berdiam dan sedikit berbicara, menyendiri untuk bermunajat kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan sedikit makan dan minum. Sebaliknya pula ada empat perkara yang mematikan hati iaitu: Duduk bersama orang kaya yang bakhil, sombong dan bongkak, berbicara dengan wanita tanpa alasan munasabah, jarang berzikir dan banyak makan.

Janganlah menyiram hatimu dengan perbuatan hina seperti mengumpat, membuat fitnah, berkata kotor, mendengar yang terlarang, melihat kepada perkara yang tidak halal, makan makanan yang haram dan sejenisnya. Hati baru akan bersinar dan bercahaya. Peliharalah cahaya hatimu. Janganlah membuka tatapan mata kecuali untuk menambah ilmu atau hikmah. Berdoalah agar Allah memberi hati yang kusyuk ketika solat, ketika membaca Al-Quran, berzikir dan bermunajat di keheningan malam.

Bila ingin mengubati hatimu dari keburukan dan kelalaian, jauhilah sesuatu yang syubhah, keluarlah menuju ke padang taubat, pakailah baju penyesalan, angkatlah panji kehinaan, tinggalkan tempat tidur, ubahlah kedudukanmu dari jauh kepada Allah dengan mendekati-Nya dan dari permaianan dengan kesungguhan, berilah makan fakir miskin, biasakan hatimu untuk mengasihi dan mencintai, memperbanyakkan menangis, dan teruslah berdoa kerana mengharap, dengan begitu mudah-mudahan akan sembuh.

Wahai hamba Allah, agama merupakan modal hidupmu di dunia. Apabila engkau kehilangan modal tersebut, sibukkanlah lisanmu dengan menyebut-Nya, hatimu dengan mencintai-Nya, dan anggota badanmu dengan mengabdikan diri kepada-Nya. Selain itu, bersikap tawaduk, temuilah para ulama` yang mengamalkan ilmunya, sampai benih datang, turunnya hujan, dan ia pun tumbuh. Sesiapa yang memperlakukan hatinya seperti petani memperlakukan tanahnya, hatinya akan bersinar dengan cahaya iman dan hikmah.

Thursday, March 18, 2010

MENCARI PERMATA YANG HILANG

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar benar takwa, bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling baik di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah : “ Mencari Permata Yang Hilang”.

Sidang Jumaat Yang di rahmati Allah,

Allah SWT mengutuskan Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam keadaan mendapat tentangan masyarakat . Ketika permulaan Islam di Mekah, bilangan pengikut amat sedikit terdiri daripada ahli keluarga terdekat dengan Rasulullah dan dari kalangan hamba serta orang miskin. Mereka ditindas dan diperlakukan seperti manusia yang tidak punya nilai dan harga diri. Berkat kesungguhan Rasulullah SAW, para sahabat dan generasi awal Islam dalam menyebarkan risalah tauhid, maka Islam telah berkembang keseluruh pelosok alam dan menjadi penawar serta penjana dalam membina ketamadunan, yang mana rahmat, hikmah, dan manafaatnya dapat dirasai oleh seluruh umat manusia. Ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107:

Maksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Sejarah mencatatkan bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangan di zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin di Madinah, zaman pemerintahan Umawi di Damsyik dan zaman kerajaan Abbasiyah di Bahgdad. Kerajaan-kerajaan ini menjalankan dasar perluasan kuasa dan menyebarkan Islam sehingga dapat menguasai satu pertiga dunia yang meliputi Semenanjung Tanah Arab, Parsi, sebahagian Empayar Rom, Afrika Utara, Sepanyol, Perancis dan Turki.

Malangnya kegemilangan Islam ini tidak dapat bertahan, kerana umat Islam pada ketika itu dilanda masalah dalaman dan tekanan dari luar, pemerintahan yang tidak cekap, mabuk dengan kemewahan dan hidup dengan keseronokkan, lupa diri daripada mengingati Allah SWT. Negara-negara yang dikuasai pada ketika itu satu demi satu terlepas dari penguasaan kerajaan Islam. Kerajaan Islam yang terakhir di bawah sistem Khalifah adalah kerajaan Uthmaniah di Turki. Ini digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim:

Mafhumnya: “ Dari Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan kesukaraan(asing). dan ia akan kembali asing pula. maka beruntunglah orang-orang yang asing”(orang Islam yang menghadapi kesukaraan ini ).


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Kita merasa amat sedih sekali, kerana kegemilangan Islam yang kita bangga-banggakan hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Suatu masa yang kita ketahui sebagai zaman kegelapan barat, adalah zaman bangkitnya kemajuan ilmu dan ketamadunan Islam yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah di sebelah Timur iaitu sewaktu pemerintahan Kerajaan Abbasiyah yang dipimpin oleh barisan Khalifah yang berwibawa. Nama Islam pada masa itu harum seluruh alam. Berbagai penerokaan ilmu baru yang dipelopori oleh para ulama’, para sarjana atau ilmuan Islam pada ketika itu, antaranya bidang perubatan dipelopori oleh Ibnu Rusyd, bidang psikologi dan emosi diasaskan oleh Ibnu Sina, ilmu Astronomi dipelopori oleh al-Khawarizmi dan berbagai lagi cabang penerokaan ilmu yang masih belum dikaji oleh orang-orang barat. Berbagai inovasi baru yang diterokai oleh umat Islam masa itu. Justeru, terbukti kepada dunia bahawa Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah agama universal, tunjang dan akarnya adalah dalam bentuk hubungan dengan Allah SWT, manakala dahan dan rantingnya adalah mencakupi aspek kehidupan bermasyarakat, bermuamalah dan bernegara.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Kegemilangan dan ketamadunan Islam yang selalu kita ceritakan kepada anak cucu kita, kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Kegemilangan dan ketamadunan itu telah hilang disebabkan kealpaan umat Islam itu sendiri. Dengan hanya bercerita sahaja, ia tidak akan dapat mengubah apa-apa fakta sejarah lampau tersebut, melainkan kita sendiri berusaha mencari hak-hak umat Islam yang telah hilang atau terlepas dari gengaman tangan umat Islam suatu ketika dahulu. Antara langkah-langkah yang seharusnya kita lakukan ialah:

1) Kita hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Dalam masa yang sama kita tanamkan keyakinan kita kepada Allah SWT dan mempertahankan hak Islam. Maka barulah kita dapat membina semula kekuatan yang Allah SWT kurniakan kepada generasi terdahulu, yang sanggup berjuang demi kasih dan cinta mereka terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, mengatasi cinta dan kepentingan kepada diri mereka sendiri, keluarga dan harta benda.
2) Kita hendaklah menjadikan agenda penguasaan ilmu sebagai teras atau tunjang kemajuan sains dan teknologi dalam membina ketamadunan baru yang mempunyai identiti, jati diri dan acuan tersendiri.
3) Seiring dengan kemajuan menuju kecemerlangan, kita tidak dapat lari dari memperkasakan aspek pembangunan insan dan jati diri. Kerana apa guna negara kita maju, tetapi masyarakat atau rakyatnya hidupnya dalam ketakutan kerana banyak berlakunya kes-kes jenayah, gejala sosial, keruntuhan akhlak dan sebagainya.
4) Jangan kita cepat merasa puas dengan apa yang telah kita capai, kerana indeks atau penanda aras suatu tahap kemajuan itu akan sentiasa berubah pada setiap masa. Justeru, kita mesti melipatgandakan usaha kita untuk mencapai ke suatu tahap yang lebih tinggi.
5) Konsep taawun iaitu bertolong bantu dalam memajukan saudara-saudara seagama . Tidak kiralah apa bentuk dan bidang, umpamanya pertukaran teknologi makanan dan pertanian, perkongsian teknologi maklumat, pertukaran tenaga kepakaran dan berkemahiran tinggi dalam industri jentera berat dan sebagainya. Ini semua dapat membantu dan supaya ukhuwah Islamiah itu akan menjadi lebih kukuh demi menjaga hak-hak dan kepentingan Islam itu sendiri.
6) Kita umat Islam hendaklah meletakkan keyakinan yang sepenuhnya dan kebergantungan kita kepada Allah SWT, tidak pada yang lain. Kerana hidup dan mati kita hanya untuk mencari keredhaan Allah semata-mata.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Mimbar ingin berpesan kepada semua bahawa inilah butir-butir permata yang kita mesti cari, dan mesti kita kutip kembali dari gengaman pihak-pihak yang telah merampasnya dari generasi awal Islam yang telah menghancurkan khidmat dan bakti mereka terhadap Islam dan umatnya. Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A:

Mafhumnya: “ Kata-kata hikmat itu telah hilang (terlepas) dari orang mukmin,maka di mana sahaja kamu dapatinya, maka kamu lebih layak memilikinya”.

Maksud: “Hai orang yang beriman! Jagalah dirimu. Orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Kepada Allahlah tempat kembalimu semuanya, maka Ia akan menerangkan kepadamu apa yang kamu lakukan.(Surah al-Maa’idah ;105)”

TANGGUNGJAWAB MELINDUNGI WANITA MENURUT ISLAM

Sidang Jumaat Yang Rahmati Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang, mudah-mudahan kita akan mendapat rahmat serta kasih sayang Allah SWT. Tajuk khutbah pada hari ini ialah
“ Tanggungjawab Melindungi Wanita Menurut Islam”.

Sidang Jumaat Yang Rahmati Allah,

Islam telah meletakkan kaum wanita di tempat yang sewajarnya. Tentu kita pernah mendengar kisah orang arab di zaman Jahiliah yang telah menanam anak perempuan mereka hidup-hidup sama ada sebaik sahaja anak perempuan tersebut lahir ataupun telah meningkat ke usia remaja. Ini kerana mereka menganggap anak perempuan akan membawa malu serta aib kepada keluarga. Dalam hal ini Allah SWT ada menyebutkan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya, sedang ia sangat marah. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya; adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.”

Sidang Jumaat Yang Rahmati Allah,

Sejak akhir-akhir ini, negara kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang menakutkan malah mengerikan kita semua terutama sekali yang melibatkan anak-anak gadis dan kaum wanita khususnya. Melalui akhbar-akhbar kita dipaparkan dengan peristiwa- peristiwa yang begitu menyayat hati yang telah berlaku kepada kaum wanita seperti pembunuhan, penderaan, pelacuran, perkosaan dan sebagainya. Perkara ini adalah merupakan masalah yang berat dan tidak boleh dipandang dengan sebelah mata atau sekadar hanya melafazkan kata-kata ‘ kasihan’ di bibir terhadap peristiwa malang yang menimpa kaum wanita itu.

Sidang Jumaat Yang Rahmati Allah,

Allah menjadikan segala makhluk di alam ini dalam keadaan berpasangan. Di antaranya termasuklah di dalam penciptaan manusia di mana Allah SWT menjadikan kaum wanita sebagai pasangan untuk lelaki. Dari segi tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, Allah SWT tidak membezakan antara lelaki dan wanita dalam hal memberi ganjaran ataupun pahala dalam setiap amal salih yang dilakukan. Pada sisi Allah, lelaki dan wanita mempunyai peranan yang sama dalam mengatur kehidupan yang sempurna di muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 97:

Maksudnya:“Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”

Sidang Jumaat Yang Rahmati Allah,

Kaum lelaki merupakan ketua yang diamanahkan supaya melindungi kaum wanita. Tanggungjawab ini adalah seiring dengan beberapa kelebihan dan sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah. Sehubungan itu, kaum lelaki hendaklah sentiasa berusaha memahami keperluan dan kehendak wanita. Allah SWT telah berpesan kepada kaum lelaki bahawa mereka adalah pemimpin kepada kaum wanita .

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34:

Maksudnya: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.”


Jelaslah bahawa, menjadi tanggungjawab kaum lelaki dalam memberi perhatian ke atas nasib kaum wanita sepanjang masa terutamanya apabila mereka dihina atau dianiaya. Sejarah telah membuktikan bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW merupakan pembela kaum wanita yang terulung. Pengutusan baginda sebagai Nabi dan Rasul, bukan sahaja membawa risalah Islam yang sempurna, bahkan sekaligus berjaya meletakkan kaum wanita kesatu taraf yang lebih mulia, berbanding nasib mereka dalam era jahiliah. Dalam hal ini, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda Riwayat Termizi:

Mafhumnya: “ Sebaik-baik kamu ialah orang paling baik terhadap ahli keluarganya dan akulah sebaik-baik di antara kamu kepada ahli keluargaku” .

Sesungguhnya, Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah terbukti berjaya mengubah nasib golongan wanita di seluruh dunia, dari lembah kehinaan dan diskriminasi, lalu diangkat kekedudukannya yang mulia dan terhormat.

Sidang Jumaat Yang Rahmati Allah,

Walaupun Islam telah memuliakan kaum wanita, masih terdapat kecenderungan sesetengah pihak yang meremehkan wanita sehingga menjadi mangsa diskriminasi. Pandangan dan suara hati wanita tidak diberi perhatian. Bahkan kalaupun dilayan, layanan diberi secara acuh tidak acuh sahaja. Malah, pendapat kaum wanita yang menyentuh kepentingan diri mereka sendiri ada kalanya tidak dipandang serius. Sikap seumpama ini boleh mendedahkan kaum wanita kepada tindakan dan layanan yang tidak adil. Cuba bayangkan jika sekiranya orang yang menjadi mangsa diskriminasi adalah ibu kita sendiri atau bayangkan perasaan seorang lelaki jika yang menjadi mangsa kezaliman terkena ke atas isteri, anak perempuan atau saudaranya sendiri.

Sidang Jumaat Yang Rahmati Allah,

Kita dapati masih terdapat eksploitasi kaum lelaki ke atas kaum wanita. Tentu kita merasa sedih mendengar berita wanita diperkosa, didera dan dizalimi dengan pelbagai bentuk tekanan psikologi. Selain itu, terdapat kaum wanita sendiri yang merelakan diri di eksploitasi dan menjadi bahan iklan murahan, akibatnya, semakin ghairah lelaki yang buas mengambil kesempatan dan tidak menghormati nilai seorang wanita. Oleh itu, bagi memelihara taraf kaum wanita, perubahan sikap perlu bermula dari kaum lelaki yang menjadi pemelihara dan pelindung kaum wanita. Sementara kaum wanita sendiri perlu menghargai diri sendiri dan bangun menyatakan hak mereka dengan menyayangi dan menghormati kaum lelaki yang sentiasa melindungi mereka.

Kita yakin bahawa, hanya orang yang benar-benar beriman sahaja mampu memikul amanah ini. Iman yang sempurna akan mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Oleh itu seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawab dalam memelihara hak wanita, bererti ia tidak sempurna imannya, walaupun sudah banyak amalan kebajikan dan ibadah yang dilakukannya. Bagi memastikan kaum lelaki memiliki iman dan takwa yang sempurna, marilah kita sama-sama menghormati hak kaum wanita. Kita melindungi mereka dan seterusnya kita menyempurnakan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi membahagiakan mereka. Kebahagiaan kaum wanita menjadi asas utama kepada kebahagiaan keluarga, masyarakat dan negara. Sabda Nabi Muhammad SAW:

Mafhumnya: “ Sesungguhnya antara sifat yang boleh menjadikan seseorang sempurna imannya ialah orang yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya”.


(سورة آل عمران : 104)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...