Monday, January 25, 2016

TANDA ALLAH MENCINTAI...




Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’ 

Allah Swt. menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ 

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berdzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku. 

Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ 

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”

-- Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Mahabbah.

TIGA JENIS KAWAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI



- Kawan yang pertama
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

- Kawan kedua
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.

Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

- Kawan yang ketiga
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran..

MUSLIMAH SEJATI



1. Wanita Ananah

Wanita yang banyak mengomen. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangga semuanya tidak kena dan sentiasa tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah

Wanita yang menidakkan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk rumah tangga. Dia suka mengungkit apa yang dilakukan untuk rumah tangga.

3. Wanita Hananah

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwini sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan dia berangan-angan untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah

Melemparkan pandangan matanya pada sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang atau sesuatu dengan memaksa suaminya untuk membeli. Wanita yang suka ikut nafsunya. Dia suka membandingkan dirinya dengan orang lain.

5. Wanita Baraqah

Wanita yang suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Wanita sebegini suka dipuji-puji. Kalau dia menjadi isteri orang yang ternama dialah yang yang menjadi ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Wanita yang marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali bersendirian dan diasingkan bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah

Wanita yang suka bercakap banyak menyebabkan segala kerja yang dilakukan tidak menjadi.

AL-FATIHAH : DIALOG HAMBA DENGAN TUHAN




Dari Abu Hurayrah radhiyallahu 'anhu:

سَمِعْتُ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ:

Aku mendengar Nabi ﷺ‎ berkata bahawa: Allah 'azza wa jalla berkata:

قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ، وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ

Telah Aku bahagikan as-Solat (yakni Al-Fatihah) di antara Aku dan hambaKu kepada 2 bahagian. Dan bagi hambaKu, apa yang dia minta.

فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ:{ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: حَمِدَنِي عَبْدِي

Apabila sang hamba menyebut 'AlHamdu lilLahi Rabbil 'Alamiin', Allah menjawab: HambaKu memujiku.

وَإِذَا قَالَ:{ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ } قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي

Apabila dia menyebut 'arRahmaanirRahiim', Allah menyebut: HambaKu kembali memujiku.

وَإِذَا قَالَ:{ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ } قَالَ اللَّهُ: مَجَّدَنِي عَبْدِي

Apabila dia menyebut 'Maliki yaumiddin', Allah menyebut: HambaKu menyanjungKu.

فَإِذَا قَالَ:{ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ } قَالَ: هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ

Apabila dia menyebut 'Iyyaaka Na'budu wa Iyyaaka Nasta'in', Allah menjawab: Ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia pinta.

فَإِذَا قَالَ:{ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } قَالَ: هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ".

Apabila dia menyebut 'Ihdinas sirathol mustaqim.. (sehingga selesai)', Allah menyebut: Ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang dia pohon.

[HR Muslim]

ISNIN HARI KELAHIRAN RASULULLAH SAW



Hadith: 
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku". Riwayat: (Muslim)

Huraian Hadith: 

1) Merayakan maulid rasul termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW dan sesiapa yang meraikannya diberikan pahala oleh Allah SWT. Begitu juga menyambut hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Maal Hijrah, Nuzul al-Quran, Hari Raya Puasa dan Haji, Nisfu Syaaban dan sebagainya.

2) Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 32 yang maksudnya : "..dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu adalah satu kesan daripada sifat-sifat hati yang bertaqwa kepada Allah"

3) Rasulullah SAW adalah merupakan syiar atau tanda kebesaran Allah SWT kerana dengan kelahiran Rasulullah SAW, dunia mengetahui tentang keesaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah menyuruh kita mengambil pengajaran di atas peristiwa keputeraan Rasulullah SAW ini kerana ia akan memperkukuhkan keimanan dan kecintaan kita terhadap diri baginda dan meneruskan perjuangannya serta tidak melupakan ajaran dan sunahnya.

4) Mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW seperti dalam majlis maulidurrasul adalah amalan yang amat digalakkan dalam Islam kerana Allah sendiri telah berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab:56)

5) Ulama telah sepakat memandang baik amalan menyambut maulidurrasul SAW. Di Malaysia, era 50an hingga 80an sambutan ini dilakukan dengan cara tradisional seperti berzanji, tilawah al-Quran, tahlil dan sebagainya. Namun perkembangan semasa telah mempengaruhi acara sambutan tersebut kepada bentuk baru seperti dengan mengadakan nasyid, forum, ceramah, perarakan dan sebagainya. Tujuannya tidak lain melainkan untuk memperingati, mengagungkan, dan memuliakan Rasulullah SAW.

Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/isnin-hari-kelahiran-rasulullah-saw

Tuesday, January 19, 2016

Ceramah Maulana Syamim Bayan - Malaysia - June 2011


Markaz-markaz Tabligh di Malaysia




Senarai tempat perhimpunan mingguan umat Islam & masjid utama atas maksud melaksanakan kerja-kerja dakwah & tabligh di Malaysia. Jazakallahu khair kepada mereka yang berusaha mengumpulkan maklumat ini. [repost]

SEMENANJUNG MALAYSIA
1. Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur – Hari Sabtu malam Ahad.
2. Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis – Hari Sabtu malam Ahad.
3. Madrasah Hafiz Bukit Choras, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah – Hari Khamis malam Jumaat.
4. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Sg. Petani, Kedah – Hari Khamis malam Jumaat.
5. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Bukit Pinang, Jitra, Kedah – Hari Khamis malam Jumaat.
6. Madrasah Manabi’ul- Ulum, Penanti, Pulau Pinang – Hari Jumaat malam Sabtu.
7. Masjid Benggali, Penang – Hari Khamis malam Jumaat.
8. Masjid Hanafi, Taiping, Perak – Hari Sabtu malam Ahad.
9. Masjid Abdul Karim, Selama, Perak – Hari Jumaat malam Sabtu.
10. Madrasah Taman Pinji Perdana, Ipoh, Perak – Hari Sabtu malam Ahad.
11. Masjid Jamek Rahang, Seremban, Negeri Sembilan – Hari Sabtu malam Ahad.
12. Madrasah Al-Hidayah, Tengkera, Melaka – Hari Sabtu malam Ahad.
13. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Batu Pahat, Johor – Hari Sabtu malam Ahad.
14. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Sinaran Baru, Kempas, Johor -?Hari Sabtu malam Ahad.
15. Masjid Ahmad Shah, Jerantut, Pahang – Hari Sabtu malam Ahad.
16. Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang – Hari Sabtu malam Ahad.
17. Madrasah Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu, Terengganu – Hari Khamis malam Jumaat.
18. Masjid Pakistan, Besut, Terengganu – Hari Khamis malam Jumaat.
19. Madrasah Dusun Raja, Kota Bharu, Kelantan – Hari Khamis malam Jumaat.

SABAH & SARAWAK
20. Surau Darul Muttaqin, Kampung Semerah Padi Semariang, Petra Jaya, Sarawak – Hari Sabtu malam Ahad.
21. Masjid Daerah, Bintulu, Sarawak – Hari Sabtu malam Ahad.
22. Masjid An-Na’im, Lutong, Miri, Sarawak – Hari Jumaat malam Sabtu.
23. Masjid Al-Qadim, Sibu, Sarawak – Hari Sabtu malam Ahad.
24. Masjid Besar, Limbang, Sarawak – Hari Sabtu malam Ahad.
25. Surau Perumahan Perbadanan Labuan, Bukit Kuda, Labuan – Hari Sabtu malam Ahad.
26. Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkol, Beaufort, Sabah – Hari Sabtu malam Ahad.
27. Masjid Pekan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah – Hari Sabtu malam Ahad.
28. Madrasah Kg. Tanjung Batu Darat, Tawau, Sabah – Hari Sabtu malam Ahad.
29. Masjid Muroqabah, Kg. BDC, Sandakan, Sabah – Hari Sabtu malam Ahad.

Program Malam Perhimpunan.
1) Waktu Asar.
– Majlis Taklim? Fadhail Amal.
– Ceramah umum/ bayan Asar.

2) Waktu Maghrib.
– Sembahyang fardhu berjemaah.
– Ceramah umum/ bayan Maghrib.

3) Waktu Isyak.
– Sembahyang fardhu berjemaah.
– Pembacaan kitab Hayatus Sahabah.
– Rehat.
– Qiyamullail (sembahyang secara bersendirian).

4) Waktu Subuh
– Sembahyang fardhu berjemaah.
– Ceramah umum/ bayan Subuh.
Bersurai selepas waktu Isy’raq (suruk).

Nota: Sebarang kesilapan, perubahan dan lain-lain, komentar dialukan.

Monday, January 18, 2016

TANDA ALLAH MENCINTAI







Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan,
“Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’

Allah Swt. menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’

Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku.

Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’

Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”

- Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Mahabbah -

Tuesday, October 27, 2015

Suami Akan Dilaknat Allah Apabila Melakukan 7 Perkara Ini Pada isterinya


Suami Akan Dilaknat Allah Apabila Melakukan 7 Perkara Ini Pada isterinya|Tidak mau menafkahi, selalu berkata kasar dan memaki, menyakiti dengan pukulan sehingga mengakibatkan luka.
Duhai saudara seislam, ada beberapa hal yang bisa membuat seorang suami dianggap berbuat derhaka pada istri dan akan mendapatkan ganjarannya Dan laknat Allah, beberapa di antaranya sebagai berikut:
1.Menjadikan Istri Sebagai Pemimpin Rumah Tangga
Dari Abu Bakrah, ia berkata: "Rasulullah saw.bersabda: 'tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.' "(HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari, Tirmidzi, dan Nasa'i)
Saat ini banyak suami yang malas bekerja dan menyandarkan kebutuhan hidupnya pada sang istri sehingga secara tak langsung menjadikan istri sebagai pemimpin rumah tangga.
Suami seperti ini tentu saja telah berbuat durhaka karena tak melaksanakan kewajibannya dan bahkan menyulitkan istrinya dengan keharusan menafkahi dirinya. Ia akan kehilangan martabat dan harga diri di hadapan manusia terlebih lagi di hadapan Allah.
2.Tidak memberi uang belanja/ nafkah
Dari 'Abdullah bin' Amr, ia berkata: "Rasulullah bersabda: 'seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya.'" (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani)
Terhadap suami yang seperti ini, istri dapat mengambil diam-diam harta suami untuk mencukupi kebutuhan hidup diri dan anaknya:
"Dari Asyah ra, bahwa Hindun binti Utbah pernah berkata: 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mau memberikan kepadaku belanja yang cukup untuk aku dan anakku, sehingga terpaksa aku mengambil dari hartanya tanpa sepengetahuannya." Beliau besabda:' Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar. "(HR.Bukhari no.4945 CD, Muslim, Nasa'i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, dan Darimi)
3.Tidak melunaskan mahar pernikahan
Dari Maimun Al-Kurady, dari bapaknya, ia berkata: "saya mendengar nabi saw. (Bersabda): 'siapa saja laki laki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak, tetapi dalam hatinya berarti tidak akan menunaikan apa yang menjadi hak perempuan itu , berarti ia telah mengacuhkannya. Bila ia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu, kelakpada hari kiamat ia akan bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasiq ... '"(HR.Thabarani, Al-Mu; jamul, Ausath II / 237/1851 CD)
4.Mengabaikan kebutuhan seksual istri
Suami yang berjima hanya untuk memuaskan kebutuhannya saja dan tidak peduli pada istrinya, sesungguhnya juga telah berbuat kesalahan.
Dari anas ra, Nabi saw bersabda: "jika seseorang di antara kalian bersenggama dengan istrinya, hendaklah ia melakukannya dengan penuh kesungguhan. Selanjutnya, bila ia telah menyelesaikan kebutuhannya (mendapatkan kepuasan) sebelum istrinya mendapatkan kepuasan, janganlah ia buru buru (mencabut kemaluannya) sampai istrinya menemukan kepuasan. "(HR.'Abdur Razzaq dan Abu Ya'la, Jami 'Kabir II / 19/1233 )
Rasullullah saw bersabda: "Janganlah sekali kali seseorang diantara kalian menyenggamai istrinya seperti seekor hewan bersenggama, tetapi harus ada pendahuluan diantara keduanya.'ada yang bertanya" apakah kemajuan itu? "Beliau bersabda:" Ciuman dan ucapan (romantis). "(HR Abu Syaikh)
5.Berjimak ketika istri haid atau melalui dubur
Dari Ibnu Abbas, ia berkata: "'Umar (Ibnu Khaththa) datang kepada Rosulullah saw., Ia bertanya:' Ya rosullullah, saya telah binasa. ' Beliau bertanya: 'apa yang menyebabkan kamu binasa?' Ia menjawab: 'semalam saya telah membalik posisi istriku.'akan tetapi dia tidak menjawab sedikitpun, lalu turun ke Rosulullah saw ayat.'istri kalian adalah ladang bagi kalian, maka datangilah lading kalian dimana dan kapan saja kalian inginkan.' (Selanjutnya Beliau bersabda : 'Datangilah dari depan atau belakang, tetapi jauhilah dubur dan ketika haid.' "(HR Tarmidzi no.2906)
6.Menuduh istri berzina
"Dan orang orang yang menuduh istri mereka berzina, padahal mereka tidak memiliki saksi saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian satu orang dari meeka adalah bersumpah empat Kalli dengan nama Allah bahwa sesungguhnya dia adalah termasuk orang orang yang benar (dalam tuduhannya) (7) dan kelima kalinya (ia mengucapkan) bahwa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ternyata ia tergolong orang orang yang berdusta. "(QS.An-Nuur (24): 6-7)
7.Memukul dan Memburuk burukkan istri di hadapan orang lain
Dari mu'awiyah Al-Qusrayiri, ia berkata: "saya pernah datang kepada Rosulullah saw. ' Ia berkata lagi: 'saya lalu bertanya:' Ya Rosulullah, apa saja yang engkau perintahkan (untuk kami perbuat) terhadap istri-istri kami? 'Beliau bersabda:' ... janganlah kalian memukul dan janganlah kalian memburuk burukkan mereka. '"(HR Abu Dawud no 1832) (ummi)

Wednesday, April 29, 2015

Kisah: Jenazah yang Diantar Oleh 70 Ribu Malaikat



Pada zaman Rasuluullah saw, ada seorang sahabat bernama Sa’ad. Hari itu ia meninggal dunia.
Tidak seperti biasanya, Rasulullah begitu sibuk mengurusi jenazah orang ini. Tanpa serban dan alas kaki beliau mengangkat keranda, berlari kesana kemari untuk mengantarnya menuju liang kubur. Sesampainya di kuburan, beliau pun turun ke dalam dan menata serta membenahi liang itu.
Para sahabat terheran, kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah, engkau melakukan sesuatu yang tidak biasa. Tanpa surban dan alas kaki berlari ke kanan dan kiri untuk mengangkat keranda ini.”
Rasul menjawab, “Demi Allah, aku melihat Jibril dan para malaikat melakukan apa yang kulakukan.”
Sahabat itu bertanya lagi, “Kenapa sampai demikian wahai Rasulullah?”
“Orang ini selalu membaca Surat “Qul Huwallahu ahad” dalam keadaan duduk, berdiri dan berjalan. Dan tahukah engkau, ada 70 ribu malaikat yang hadir di pemakaman ini.”
Dari kejauhan, datanglah ibu dari jenazah ini. Melihat Rasulullah berada di dalam liang lahat, ia menjerit “Sungguh beruntung engkau wahai putraku Sa’ad. Kau pasti akan masuk surga.”
Ketika mendengar ibu ini, Rasul menegurnya, “Sebentar wahai ibu Sa’ad, janganlah engkau menentukan sesuatu mendahului Allah swt. Putramu ini sedang dihimpit di dalam kuburnya.”
“Kenapa wahai Rasulullah?” tanya sang ibu.
“Karena perangainya buruk didalam keluarganya.”
Bayangkan, setelah mendapat kemuliaan diantar oleh Rasulullah dan 70 ribu malaikat. Ternyata orang ini masih saja mendapat kesulitan dalam kuburnya disebabkan akhlak yang buruk kepada keluarganya.

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ -١٩-

“Dan bergaullah dengan mereka (istri) dengan cara yang baik.”
(An-Nisa’ 19)

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang paling baik bagi keluargaku.”
(Rasulullah saw)

لَايَكُنْ اَهْلُكَ اَشْقَى الْخَلْقِ بِكَ

“Jangan sampai keluargamu menjadi orang yang paling menderita karenamu.”
(Ali bin Abi tholib)

Thursday, December 12, 2013

:::"BUNUH MUSLIM!! BUNUH MUSLIM!! BUNUH MUSLIM!!"::: AFRIKA TENGAH
























Masjid dibakar dan toko-toko Muslim dirusak gerombolan massa Kristen di Bangui, Afrika Tengah 

BANGUI – Ribuan Muslim terpaksa meninggalkan rumah-rumah mereka di Republik Afrika Tengah (CAR) untuk menyelematkan diri dari serangan gerombolan massa Kristen yang baru-baru ini terjadi.

Sebuah masjid yang terletak di ibukota Bangui telah dibakar setelah massa Kristen merampoknya.

“Mereka membakar sebagiannya, termasuk membakar rumah imam, dan mereka membongkarnya bata demi batanya,” kata Joanna Mariner dari Amnesti Internasional, dikutip Voice of America pada Selasa (10/12/2013) dan dilansir OnIslam.

“Mereka juga meneriakkan slogan-slogan anti-Muslim, membuat tanda [gambar] memotong tenggorokan seseorang dan menyeru agar presiden mundur,” tambahnya.

Kerusuhan terjadi setelah Presiden Michel Djotodia menyatakan dirinya sebagai pemimpin Muslim pertama di negara tersebut setelah digulingkannya Presiden Bozize pda 24 Maret lalu.

Menurut laporan yang beredar, massa Kristen tidak terima dengan kelompok Muslim yang menggulingkan pemerintahan. Akibatnya, gerombolan massa Kristen yang disebut “anti-balaka” melancarkan serangan terhadap umat Islam, membunuh sejumlah Muslim dan memaksa ribuan dari mereka melarikan diri dari desa-desa.

Dengan slogan yang diteriakkan “bunuh Muslim”, gerombolan itu menyerang properti milik umat Islam dan masjid-masjid, juga merusak toko-toko yang diyakini milik Muslim.

Berdasarkan laporan kantor kemanusiaan PBB, sekitar 400 orang telah meninggal dunia dan ratusan lainnya luka-luka sejak Kamis lalu ketika gerombolan Kristen itu, yang loyal terhadap Francois Bozize yang digulingkan, melakukan serangkaian penyerangan terhadap Muslim.

Sementara itu, negara penjajah seperti Perancis dan sekutunya Uni Afrika berencana menambah beberapa ribu tentara untuk dikerahkan ke CAR untuk misi apa yang mereka sebut “menjaga perdamaian” dan mengklaim karena massa Kristen merasa “terancam” oleh kelompok Muslim yang sekarang mengontrol negara tersebut.

Sumber: Voice of America (VOA Amerika)

Thursday, November 28, 2013

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin












Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Tuesday, November 26, 2013

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul


Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita itu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyembahyang kan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar R.A. mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuh nya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata. Katanya, "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluan nya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je.

Caranya -

Kaum lelaki:
♦ Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.
♦ Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
♦ Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Kaum wanita pula:
♦ Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing- pusingkan semasa dilalu kan air bersih. ♦ Bukan dengan hanya menyimbah kan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersih kan bahagian dalam kemaluan wanita yang itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama sama
betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan neraka untuk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

Rasulullah bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan satu (1) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala" moga semua memperolehnya. Amiin.

Wednesday, November 20, 2013

Khutbah Busuknya Seruan Perkauman (Membela Orang Kita Walaupun Salah)



Nasihat kepada pejuang yang berjuang di atas dasar bangsa, kaum dan kumpulan. Jauhkan dari sikap asabiyah dan perkauman yang disifatkan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai sesuatu yang busuk... Berjuanglah di atas menegakkan Islam. 



Nur Salina Abdullah, 18, Mualaf Maut Didera



KUAH - Seorang remaja mualaf yang koma dipercayai akibat didera disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi, jam 8.40 malam semalam.

Mangsa, Nur Salina Abdullah, 18, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi pada Ahad lalu selepas tidak sedarkan diri.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Shamsul Nawi berkata, ketika mendapatkan rawatan, doktor menemui pelbagai kesan lebam di keseluruhan bahagian tubuh mangsa.

Menurutnya, pihak hospital kemudiannya membuat laporan polis kerana kesan kecederaan yang dialami dipercayai akibat penderaan.

"Bertindak atas laporan yang dibuat, polis menahan reman pasangan suami isteri yang juga keluarga angkat mangsa.

"Berdasarkan siasatan awal, keluarga ini dikatakan berpindah ke Langkawi sejak setahun lalu dan mengusahakan perniagaan makanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shamsul berkata, sehingga jam 10 malam tadi, bedah siasat masih lagi dijalankan oleh pihak hospital.

“Pemeriksaan memerlukan masa untuk melihat pelbagai aspek yang menyebabkan kematian mangsa.

“Setelah selesai bedah siasat, pihak kami akan menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi untuk urusan pengebumian mangsa, ini adalah atas permintaan ayahnya yang mahukan yang terbaik bagi anaknya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang ditahan reman adalah majikan kepada mangsa iaitu sepasang suami isteri dan dua orang turut ditahan iaitu anak mereka yang berumur 16 dan 21 tahun untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Nai Koi See, 42, menyerah kepada pihak berkuasa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu dua tahun lalu ketika selesai mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Anak saya yang nama asalnya Nai Ah Nung (Nur Salina) tinggal bersama ibu saya sejak berumur enam tahun sehinggalah dia mengikut jiran kami ke Pulau Pangkor, Perak.

"Saya ada cuba menghubungi dia awal tahun ini untuk bertanya khabar menerusi telefon tetapi tidak berjawab,” katanya.

Koi See berkata, dia dimaklumkan anak bongsu daripada dua beradik itu memeluk agama Islam Januari lalu selepas tinggal bersama keluarga angkatnya kira-kira dua tahun.

Menurutnya, dia sering teringat kepada anaknya itu namun tidak menganggapnya sesuatu yang pelik dan tidak menyangka ia adalah petanda bakal kehilangan anaknya.

"Saya menerima segala kejadian ini dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menguruskan jenazahnya secara Islam,” katanya.

Katanya, keluarganya cukup mengenali pasangan yang menjadi keluarga angkat anaknya itu dan tidak menyangka hal ini akan terjadi.

Mualaf maut didera - Utara - Sinar Harian

Lahanat Basyar sanggup tembak kanak-kanak

Hanya yang buta hati dan berkepentingan politik saja masih menyanjung bashar assad dan mengatakan mereka ini bukan musuh Islam. 

Kanak-kanak ini melarikan diri dalam keadaan dihujani peluru-peluru syiah laknatullah. 


Wednesday, November 13, 2013

Tiga Perkara Dusta Di Benarkan

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”































DARIPADA Ummi Kulsum binti ‘Uqbah bin Abu Mu’ait RA katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda `bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik’.” (riwayat Muttafaqun A’laih)
Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata: “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam tiga keadaan, peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya, seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.”

* Islam tidak membenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara yang tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.

* Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk:

* Maslahah perang.

* Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.

* Menjaga hubungan antara suami dengan isteri.

* Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Saturday, November 09, 2013

Bagaimana Nak Hidup Jika Tidak Meminjam?

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”



Habis tu macam mana nak beli rumah kereta? Duduk dalam hutan, duduk dalam gua?" Itu adalah respons biasa daripada manusia kebanyakan apabila diberitahu bahawa pinjaman sistem perbankan baik konvensional mahupun islamik adalah haram. Moga penjelasan dari Sheikh Imran ini mampu memberikan ketukan buat minda untuk berfikir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...