Monday, August 20, 2007

SEBELUM TIDUR

(Tafsir Haqqi)Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidursebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakanempat perkara seketika?"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakanibadah haji dan umrah

"Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan pendudukkampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kotaMadinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepadamanusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sunday, August 19, 2007

TARIKH LAHIR ISLAM & PERILAKU BERDASARKAN TARIKH KELAHIRAN ISLAM

http://www.islam.com/islamicdates.asp
klik kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam bulan islamPERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

PERUBATAN DAUN TEMBAGA SUASA UNTUK BENGKAK DAN PATAH



Ramai yang tidak tahu daun tembaga suasa berkesan untuk membantu pemulihan patah tulang dan bengkak.Samada tulang retak atau patah berpunca dari jatuh, terhantuk, ditimpa benda berat, atau kemalangan jalanraya, pemulihan dipercepatkan lagi dengan kaedah tradisional ini.Daun tembaga suasa ini adalah keluarga (seakan) daun pandan yang tumbuh dalam serumpun, dan daunnya besar dan panjang.Jika patah tulang dan mengalami bengkak, ia adalah kerana `angin' berkumpul di dalam. Jadi kaedah tradisional ialah membalut bengkak itu dengan sehelai daun tembaga suasa yang dilayurkan dan disapukan sedikit minyak.Biasanya jika mengalamai patah tulang, doktor hospital akan memasang plaster (simen). Jadi pesakit perlu tunggu hingga plaster boleh dibuka barulah boleh amalkan balutan daun ini. Harus diingat bahawa pemasangan simen itu bertujuan untuk mengukuhkan kembali tulang yang retak atau patah. Tetapi bengkak yang dialami tidak surut.Boleh juga mendapatkan khidmat bomoh tulang, tetapi pastikanlah bomoh itu mengamalkan kaedah pemulihan yang tidak khurafat atau mengarut, contohnya meminta disediakan paku dan beras kuning (untuk siapa?). Bomoh ada yang pandai mengurut, dan ia patutlah tahu menggunakan daun tembaga suasa ini.Wallahua'lam, kita berusaha dan berikhtiar, Allah yang memberi kesan.
KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASAHBengkak , terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi sesaorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan.Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga.Lebih sakit lagi bahkan berkemungkinan tidak boleh bergerak bebas bila kita mengalami patah ataupun retak pada kedua-duanya.Untuk mengurangakan rasa kesakitan tersebut, pada kebiasaannya kita akan sapukan dengan minyak urut ataupun berjumpa dengan tukang urut.Senang ditemuiTetapi sejak zaman berzaman, orang zaman dahulu telah menggunakan sejenis tumbuhan didalam hutan atau herba yang sering digunakan untk mengurangkan rasa kesakitan tersebut.Menurut Pegawai Penyelidikan MERDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin, tumbuhan yang dimaksudkan itu adalah pokok tembaga suasa atau nama saintifiknya adalah Crinum asiaticum."Khasiatnya adlah tertumpu kepada daunnya itu," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.Untuk mengenali pokok itu agak senang kerana ia mempunyai daun yang besar dan panjangnya pula boleh menghampiri dua meter seperti daun pandan."Batangnya agak besar dan berisi. Dari segi habitatnya lebih senang ditemui ditepi pantai dan dan didalam hutan Malaysia," katanya.Beliau menambah lagi, ada ketikanya tumbuhan ini dijadikan sebagai pokok hiasan, khususnya oleh penduduk kampung."Selain boleh ditemui dipinggir hutan, pokok tembaga suasa juga sering dijadikan tanaman hiasan dan ubatan oleh penduduk kampung," katanya.Menurut Mohd. Jelani, cara yang lazim digunakan untuk merawat kesakitan tersebut adalan dengan mengambil beberapa helai daunnya."Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api," katanya.Bagaimanapun, beliau menyatakan, ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak."Caranya ialah disapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api," katanya lagi.Tambahnya, bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak, barulah dibalut pada tempat yang bengkak, terseliuh ataupun salah urat tersebut."Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak," ujarnya.

SEJARAH KOTA MEKAH










MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT
Takbiratul-Ihram & TakbirAllah Maha Besar.Doa IftitahAllah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.Al-FatihahDengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.Bacaan ketika rukukMaha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.Bacaan ketika bangun dari rukukAllah mendengar pujian orang yang memujinya.Bacaan ketika iktidalWahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.Bacaan ketika sujudMaha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.Bacaan ketika duduk di antara dua sujudYa Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku,rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku danmaafkanlah akan daku.Bacaan ketika Tahiyat AwalSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah sertakeberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.Bacaan ketika Tahiyat AkhirSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.Doa QunutYa Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya."wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggupkeNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allahjadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .keduaibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia"

POKOK YAHUDI




T
OLONG LA AMBIL PERHATIAN SEMUA UMAT ISLAM!!
Hanya menyampaikan.....kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia nie....harap2 dapt panggil majlis suroh tebang ok....Nama lain African boxthorn.Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperangdengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat)..."hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperangdengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila merekabersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.Ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel .halaman ini ialah Jewish National Fund.http://www.jnf.org/dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!! bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal. JNF ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. Wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. Tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."

Monday, March 26, 2007

Kawan-kawan sekelian

Kawan-kawan sekelian,

Ini lah satu-satu contoh e-mail yang seharusnya kita ' on the spot 'forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungiunsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatuorganasasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmarkterhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar NabiMuhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalambahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hattatattabia millahum "!!!

STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

Allahu Akbar!!!!!Takbir! Takbir! Takbir!!!!!

Assalamualaikum,refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wishwe could start thinking about that. Please inform our malaysian muslim tostop buying and boycott all lego products.

Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

BACALAH MOGA DIBUKAKAN HATI NURANI MU

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2.Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, disamping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan,Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibujari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan,sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan di hilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosakecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit kehadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain,Nabi adakalanya beristighfar 75 kalisehari

Wednesday, March 21, 2007

MAWI , AMALINA , ADI PUTRA , NOR AMIIRA , SOPIA

mawi, amalina, adi putra, NorAmiira , sopia

Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahupun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat...namun tangan 0 tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan... tidak hairan para remaja mula berhujah: "masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti"... .sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama AdiPutra... punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak "media"dan "pemimpin" kita ambil peduli...bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi...berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik NorAmiira... yg berjaya menghafal 30 juzAl Quran seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ... peserta semuanya berusia 15tahun ke atas... cerita itu terus sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...

tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara (sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang . Ok juga media dan pemimpin kita kan?...Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya...

sama-sama kita renungkan:Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beri peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan penghargaan.Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah puntak pakai tudung lagi... sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam... soa boleh di sokong.

Sophia ( bukan wargakita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... somesti di beri sokongan.Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat".

Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan negara ini..apa pandangan anda?...

  • pandangan aku:aku mmg xminat mawi..dr dulu lg,wpn awal dl ngan imej sopannya,tp sekarang asyik gosip ngan artis pompuan je..publisiti murahan je2

  • ape nak jadi...sal amalina plak..mentang2 dah berjaya,dah lupe Tuhan plak(igatanuntuk diri sendiri n kawan2)..jgn lupadiri,bangsa n agama slps berjaya..barutakat SPM la..jgn berlagak dl.sape ade gmbr dia xpakai tudung,mai pas kt akuharap budak spm (lupa plak nama) ngan18A (wpn xA1 semua) jgn jd cam amalina2.

  • harapan kat adi putra n amira,teruskan usaha n semoga usaha anda diberkati-NYa ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...