Sunday, August 19, 2007

PERUBATAN DAUN TEMBAGA SUASA UNTUK BENGKAK DAN PATAH



Ramai yang tidak tahu daun tembaga suasa berkesan untuk membantu pemulihan patah tulang dan bengkak.Samada tulang retak atau patah berpunca dari jatuh, terhantuk, ditimpa benda berat, atau kemalangan jalanraya, pemulihan dipercepatkan lagi dengan kaedah tradisional ini.Daun tembaga suasa ini adalah keluarga (seakan) daun pandan yang tumbuh dalam serumpun, dan daunnya besar dan panjang.Jika patah tulang dan mengalami bengkak, ia adalah kerana `angin' berkumpul di dalam. Jadi kaedah tradisional ialah membalut bengkak itu dengan sehelai daun tembaga suasa yang dilayurkan dan disapukan sedikit minyak.Biasanya jika mengalamai patah tulang, doktor hospital akan memasang plaster (simen). Jadi pesakit perlu tunggu hingga plaster boleh dibuka barulah boleh amalkan balutan daun ini. Harus diingat bahawa pemasangan simen itu bertujuan untuk mengukuhkan kembali tulang yang retak atau patah. Tetapi bengkak yang dialami tidak surut.Boleh juga mendapatkan khidmat bomoh tulang, tetapi pastikanlah bomoh itu mengamalkan kaedah pemulihan yang tidak khurafat atau mengarut, contohnya meminta disediakan paku dan beras kuning (untuk siapa?). Bomoh ada yang pandai mengurut, dan ia patutlah tahu menggunakan daun tembaga suasa ini.Wallahua'lam, kita berusaha dan berikhtiar, Allah yang memberi kesan.
KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASAHBengkak , terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi sesaorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan.Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga.Lebih sakit lagi bahkan berkemungkinan tidak boleh bergerak bebas bila kita mengalami patah ataupun retak pada kedua-duanya.Untuk mengurangakan rasa kesakitan tersebut, pada kebiasaannya kita akan sapukan dengan minyak urut ataupun berjumpa dengan tukang urut.Senang ditemuiTetapi sejak zaman berzaman, orang zaman dahulu telah menggunakan sejenis tumbuhan didalam hutan atau herba yang sering digunakan untk mengurangkan rasa kesakitan tersebut.Menurut Pegawai Penyelidikan MERDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin, tumbuhan yang dimaksudkan itu adalah pokok tembaga suasa atau nama saintifiknya adalah Crinum asiaticum."Khasiatnya adlah tertumpu kepada daunnya itu," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.Untuk mengenali pokok itu agak senang kerana ia mempunyai daun yang besar dan panjangnya pula boleh menghampiri dua meter seperti daun pandan."Batangnya agak besar dan berisi. Dari segi habitatnya lebih senang ditemui ditepi pantai dan dan didalam hutan Malaysia," katanya.Beliau menambah lagi, ada ketikanya tumbuhan ini dijadikan sebagai pokok hiasan, khususnya oleh penduduk kampung."Selain boleh ditemui dipinggir hutan, pokok tembaga suasa juga sering dijadikan tanaman hiasan dan ubatan oleh penduduk kampung," katanya.Menurut Mohd. Jelani, cara yang lazim digunakan untuk merawat kesakitan tersebut adalan dengan mengambil beberapa helai daunnya."Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api," katanya.Bagaimanapun, beliau menyatakan, ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak."Caranya ialah disapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api," katanya lagi.Tambahnya, bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak, barulah dibalut pada tempat yang bengkak, terseliuh ataupun salah urat tersebut."Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak," ujarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...