Sunday, January 06, 2008

Kisah Penderitaan Nabi S.A.W.

Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja'far ra.
katanya: Apabila Abu Thalib telah meninggal dunia,
mulailah Nabi SAW diganggu dan ditentang secara
terang-terangan. Satu peristiwa, beliau telah dihadang
di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy,
diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka beliau, namun
beliau tidak membalas apa pun.

Apabila beliau tiba di rumah, datang salah seorang
puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari tanah
itu sambil menangis sedih melihat ayahnya diperlakukan
orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW
kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau
menangis begitu, Allah akan melindungi ayahmu!' beliau
membujuk puterinya itu.

Beliau pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy
tidak berani membuat sesuatu seperti ini kepadaku,
sehinggalah selepas Abu Thalib meninggal dunia,
mulailah mereka menggangguku dan mengacau
ketenteramanku. Dalam riwayat yang lain, beliau
berkata kepadanya karena menyesali perbuatan jahat
kaum Quraisy itu: Wahai paman! Alangkah segeranya
mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!
(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)

Thabarani telah memberitakan dari Al-Harits bin
Al-Harits yang menceritakan peristiwa ini, katanya:
Apabila aku melihat orang ramai berkumpul di situ, aku
pun tergesa-gesa datang ke situ, menarik tangan ayahku
yang menuntunku ketika itu, lalu aku bertanya kepada
ayahku: 'Apa sebab orang ramai berkumpul di sini,
ayah?' 'Mereka itu berkumpul untuk mengganggu si
pemuda Quraisy yang menukar agama nenek-moyangnya! '
jawab ayahku. Kami pun berhenti di situ melihat apa
yang terjadi. Aku lihat Rasulullah SAW mengajak orang
ramai untuk mengesakan Allah azzawajaila dan
mempercayai dirinya sebagai Utusan Allah, tetapi aku
lihat orang ramai mengejek-ngejek seruannya itu dan
mengganggunya dengan berbagai cara sehinggalah sampai
waktu tengah hari, maka mulailah orang bubar dari
situ.

Kemudian aku lihat seorang wanita datang kepada beliau
membawa air dan sehelai kain, lalu beliau menyambut
tempat air itu dan minum darinya. Kemudian beliau
mengambil wudhuk dari air itu, sedang wanita itu
menuang air untuknya, dan ketika itu agak terbuka
sedikit pangkal dada wanita itu. Sesudah selesai
berwudhuk, beliau lalu mengangkat kepalanya seraya
berkata kepada wanita itu: Puteriku! lain kali tutup
rapat semua dadamu, dan jangan bimbang tentang ayahmu!
Ada orang bertanya: Siapa dia wanita itu? jawab
mereka: Itu Zainab, puterinya - radhiallahu anha.
(Majma'uz-Zawa' id 6:21)

Dalam riwayat yang sama dari Manbat Al-Azdi, katanya:
Pernah aku melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah,
sedang beliau menyeru orang kepada Islam, katanya:
'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa llaaha
lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau
menyeru berkali-kali kepada siapa saja yang beliau
temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang meludahi
mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke
mukanya, ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu
tengah hari.

Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya
membawa sebuah kendi air, maka beliau lalu membasuh
wajahnya dan tangannya seraya menenangkan perasaan
wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah
engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ...
! Berkata Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu?
Jawab orang-orang di situ: Dia itu Zainab, puteri
Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik. (Majma'uz
Zawa'id 6:21)

Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya: Aku
bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang
dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak
orang masuk Islam, kataku: 'Beritahu aku tentang
perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh
kaum musyrikin terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru
berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka'bah, tiba-tiba
datang Uqbah bin Abu Mu'aith, lalu dibelitkan seutas
kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat
sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra.
lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan
kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW
itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: 'Apakah engkau
hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah
Allah!' padahal dia telah membawa keterangan dari
Tuhan kamu?!' (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah,
dari Amru bin Al-Ash ra. katanya: Aku tidak pemah
lihat kaum Quraisy yang hendak membunuh Nabi SAW
seperti yang aku lihat pada suatu hari di bawah
lindungan Ka'bah. Mereka bersepakat merencanakan
pembunuhan beliau sedang mereka duduk di sisi Ka'bah.
Apabila Rasulullah SAW datang dan bersembahyang di
Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu'aith menuju
kepada Rasulullah SAW dan membelitkan kain ridaknya ke
tengkuk beliau, lalu disentaknya dengan kuat sekali,
sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua
lututnya.

Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka
beliau telah mati karena cekikan keras dari Uqbah itu.
Maka ketika itu segeralah Abu Bakar ra. datang dan
melepaskan cekikan Uqbah dari Rasulullah SAW itu dari
belakangnya, seraya berkata: Apa ini? Adakah engkau
hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah
Allah!' Uqbah pun segera berundur dari tempat
Rasuluilah SAW itu kembali ke perkumpulan
teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah SAW
hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun. Beliau
lalu berdiri bersembahyang, dan sesudah selesai
sembahyangnya dan ketika hendak kembali ke rumahnya,
beliau berhenti sebentar di hadapan para pemuka
Quraisy itu sambil berkata: 'Hai kaum Quraisy! Demi
jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan!
Aku diutus kepada kamu ini untuk menyembelih kamu!'
beliau lalu mengisyaratkan tangannya pada
tenggorokannya, yakni beliau rnenjanjikan mereka bahwa
mereka akan mati terbunuh. 'Ah, ini semua omong
kosong!' kata Abu jahal menafikan ancaman Nabi SAW
itu. 'Ingatlah kataku ini, bahwa engkau salah seorang
dari yang akan terbunuh!' sambil menunjukkan jarinya
ke muka Abu jahal. (Kanzul Ummal 2:327)

Ahmad memberitakan dari Urwah bin Az-Zubair dari
Abdullah bin Amru ra. bahwa Urwah pernah bertanya
kepada Abdullah: 'Tolong beritahu aku apa yang pernah
engkau lihat dari kaum Quraisy ketika mereka
menunjukkan permusuhannya kepada Rasulullah SAW?'.
Abdullah bercerita: Aku pernah hadir dalam salah satu
peristiwa ketika para pemuka Quraisy bermusyawarah di
tepi Hijir (Ka'bah), mereka berkata: Apa yang kita
tanggung sekarang lebih dari yang dapat kita sabar
lagi dari orang ini! Dia telah mencaci nenek-moyang
kita, memburuk-burukkan agama kita,
memporak-perandakan persatuan kita, dan mencerca
tuhan-tuhan kita, siapa lagi yang dapat bersabar lebih
dari kita ... !'

Di tengah mereka berbincang-bincang itu, tiba-tiba
muncullah Rasulullah SAW datang dan langsung menghadap
sudut Ka'bah, lalu beliau bertawaf keliling Ka'bah,
dan apabila beliau berlalu di tempat kaum Quraisy itu
sedang duduk, mereka melontarkan beberapa perkataan
kepadanya, namun beliau hanya berdiam diri belaka.
Apabila beliau bertawaf kali kedua, mereka tetap
menyampaikan kata-kata mengejek, namun beliau tidak
berkata apa pun. Tetapi pada tawaf keliling ketiga,
bila mereka mengejek-ngejek lagi, beliau lalu berhenti
seraya berkata kepada mercka: 'Hai pemuka Quraisy!
Dengarlah baik-baik! Demi jiwa Muhammad yang berada di
dalam genggaman Tuhan, sebenarnya aku ini mendatangi
kamu untuk menyembelih kamu!' Mendengar itu, semua
orang yang di situ merasa berat sekali, sehingga
setiap seorang di antara mereka merasakan seolah-olah
burung besar datang untuk menyambarnya, sampai ada
orang yang tidak sekeras yang lain datang untuk
menenangkan perasaan beliau supaya tidak mengeluarkan
kata-kata yang mengancam, karena mereka sangat bimbang
dari kata-katanya. 'Kembalilah sudah, wahai Abu
Al-Qasim!' bujuk mereka. 'Janganlah engkau sampai
berkata begitu! Sesungguhnya kami sangat bimbang
dengan kata-katamu itu!' Rasuluilah SAW pun kembalilah
ke rumahnya.

Kemudian pada hari besoknya, mereka datang lagi ke
Hijir (Ka'bah) itu dan berbicarakan permasalahan yang
sama, seperti kemarin, dan aku duduk di antara mereka
mendengar pembicaraan mereka itu. 'Kamu semua cuma
berani berkata saja, cuma berani mengumpat sesama
sendiri saja, kemudian apabila Muhammad mengatakan
sesuatu yang kamu tidak senang, kamu lalu merasa
takut, akhirnya kamu membiarkannya! ' kata yang satu
kepada yang lain. 'Baiklah,' jawab mereka.' Kali ini
kita sama-sama bertindak, bila dia datang nanti.' Dan
seperti biasa Rasulullah SAW pun datang untuk bertawaf
pada Ka'bah, maka tiba-tiba mereka melompat serentak
menerkamnya sambil mereka mengikutinya bertawaf mereka
mengancamnya: 'Engkau yang mencaci tuhan kami?' kata
yang seseorang. 'Engkau yang memburuk-burukkan
kepercayaan kami, bukan?' kata yang lain. Yang lain
lagi dengan ancaman yang lain pula. Maka setiap
diajukan satu soalan kepada Rasulullah SAW itu, setiap
itulah dia mengatakan: 'Memang benar, aku mengatakan
begitu!' Lantaran sudah tidak tertanggung lagi dari
mendengar jawaban Nabi SAW itu, maka seorang dari
mereka lalu membelitkan kain ridaknya pada leher
beliau, sambil menyentakkannya dengan kuat. Untung Abu
Bakar ra. berada di situ, lalu dia segera datang
melerai mereka dari menyiksa Nabi SAW sambil berkata:
'Apakah kamu sekalian mau membunuh seorang yang
mengatakan 'Tuhanku ialah Allah! 'diulanginya
kata-kata itu kepada kaum Quraisy itu, dengan tangisan
yang memilukan hati. Kemudian aku lihat kaum Quraisy
itu meninggalkan tempat itu. Dan itulah suatu
peristiwa sedih yang pernah aku lihat dari kaum
Quraisy itu yang dilakukan terhadap Nabi SAW -
demikian kata Abdullah bin Amru kepada Urwah bin
Az-Zubair ra. (Majma'uz Zawa'id 6:16)

Bazzar dan Thabarani telah memberitakan dari Abdullah
bin Mas'ud r. a. katanya: Satu peristiwa, ketika
Rasulullah SAW bersembahyang di Masjidil Haram, dan
ketika itu pula Abu jahal bin Hisyam, Syaibah dan
Utbah keduanya putera dari Rabi'ah, Uqbah bin Abu
Mu'aith, Umaiyah bin Khalaf dan dua orang yang lain,
semua mereka tujuh orang, mereka sekalian sedang duduk
di Hijir, dan Rasuluilah SAW pula sedang asyik
bersembahyang, dan apabila beliau bersujud, selalunya
beliau memanjangkan sujudnya. Maka berkatalah Abu
Jahal: 'Siapa berani pergi ke kandang unta suku Bani
fulan, dan mengambil taiknya untuk mencurahkan ke atas
kedua bahunya, bila dia sedang sujud nanti?' 'Aku!'
jawab Uqbah bin Abu Mu'aith, orang yang paling jahat
di antara yang tujuh di situ. Lalu Uqbah pergi
mengambil taik unta itu, dan diperhatikannya dari
jauh, apabila Rasulullah SAW bersujud dicurahkan taik
unta itu ke atas kedua bahunya.

Berkata penyampai cerita ini, Abdullah bin Mas'ud ra.:
Aku melihat perkara itu, tetapi aku tidak berdaya
untuk menghalangi atau melawan kaum Quraisy itu. Aku
pun bangun dan meninggalkan tempat itu dengan perasaan
kesal dan sedih sekali. Kemudian aku mendengar, bahwa
Fathimah, puteri Rasulullah SAW datang dan membuangkan
kotoran itu dari bahu dan tengkuk beliau. Kemudian dia
mendatangi mereka yang melakukan perbuatan buruk itu,
sambil memaki mereka, tetapi mereka diam saja, tidak
menjawab apa pun. Ketika itu Rasulullah SAW pun
mengangkat kepalanya, sebagaimana beliau mengangkat
kepala sesudah sempurna sujud. Apabila sudah selesai
dari sembahyangnya, beliau lalu berdoa: Ya Allah! Ya
Tuhanku! Balaslah kaum Quraisy itu atas
penganiayaannya kepadaku! Balaslah atas Utbah, Uqbah,
Abu Jahal dan Syaibah! Sekembalinya dari masjid,
beliau telah ditemui di jalanan oleh Abul Bukhturi
yang di tangannya memegang cambuknya.
Bila Abul Bukhturi melihat wajah Nabi SAW dia merasa
tidak senang, karena dia tahu ada sesuatu yang tidak
baik terjadi terhadap dirinya: 'Hai Muhammad! Mengapa
engkau begini?' tegur Abul Bukhturi. 'Biarkanlah aku!'
jawab Nabi SAW ' Tuhan tahu, bahwa aku tidak akan
melepaskanmu sehingga engkau memberitahuku, apa yang
terjadi pada dirimu terlebih dulu?!' Abul Bukhturi
mendesak Nabi SAW untuk memberitahunya apa yang telah
terjadi. Apabilla dilihatnya beliau masih mendiamkan
diri, dia berkata lagi: 'Aku tahu ada sesuatu yang
terjadi pada dirimu, sekarang beritahu!' pinta Abul
Bukhturi lagi Apabila Nabi SAW melihat bahwa Abul
Bukhturi tidak mau melepaskannya, melainkan sesudah
beliau memberitahunya apa yang terjadi, maka beliau
memberitahunya apa yang terjadi: 'Abu jahal membuat
angkara!' beritahu Nabi SAW 'Abu jahal lagi? Memang
sudah aku kira, apa yang dibuat kepadamu kali ini?!'
tanya Abul Bukhturi lagi. 'Dia menyuruh orang
meletakkan kotoran unta ke atas badanku ketika aku
sedang bersujud dalam sembahyangku, ' jelas Nabi SAW
'Mari ikut aku ke Ka'bah,' bujuk Abul Bukhturi.

Abul Bukhturi dan Nabi SAW pun pergi ke Ka'bah dan
terus menuju ke arah tempat duduk Abu jahal. Abul
Bukhturi kelihatan marah sekali. 'Hai Bapaknya si
Hakam!' teriak Abul Bukhturi. 'Engkau yang menyuruh
orang meletakkan kotoran unta ke atas badan Muhammad
ini?' katanya dengan keras. 'Ya,' jawab Abu Jahal.
'Apa yang engkau mau?' Abul Bukhturi tidak banyak
bicara, melainkan ditariknya cambuknya lalu dipukulnya
kepala Abu jahal berkali-kali. Orang ramai di situ
lari berhamburan, dan teman-teman Abu jahal
hiruk-pikuk menyalahkan Abul Bukhturi. 'Celaka kamu!'
jerit Abu Jahal memprotes, dan badannya terlihat
kesakitan karena pukulan cambuk Abul Bukhturi itu.'
Dia layak diperlakukan begitu, karena dia menimbulkan
permusuhan di antara kita sekalian, agar terselamat
pula dia dan kawan-kawannya. .. !' tambah Abu jahal
lagi. (Majma'uz Zawa'id 6:18)

Menurut Ahmad yang meriwayatkan dari Abdullah bin
Mas'ud ra. katanya: Aku lihat semua orang yang
dijanjikan Nabi SAW akan mati itu, semuanya terbunuh
di medan Badar, tiada seorang pun yang terselamat.
(Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:44)

Dakwah Rasulullah S.A.W. Kepada Kaisar

Bazzar telah memberitakan dari Dihyah Al-Kalbi ra.
katanya: Aku telah diutus oleh Rasulullah SAW dengan
membawa sepucuk surat kepada Kaisar, Pembesar Romawi.
Bila aku tiba di negerinya, aku terus mendatanginya,
lalu aku serahkan surat itu kepadanya, sedang di
sampingnya keponakannya yang berkulit merah, dan
berambut lurus. Dia pun membaca surat itu yang
berbunyi (Nas surat menyurat itu tersebut di dalam
Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:83). "Dari Muhammad Utusan
Allah, kepada Heraklius, Pembesar Romawi."

Mendengar bunyi surat itu, Pembesar Romawi mulai
marah, lalu menyanggah: "Surat ini tidak boleh dibaca
sekarang!" dia menyeringai. "Kenapa?" tanya Kaisar.
"Dia memulai dengan namanya dulu sebelum engkau.
Kemudian dia memanggilmu dengan pembesar Rom, bukan
Maharaja Rom!". "Tidak", sambut Kaisar, "biar surat
ini dibaca untuk diketahui isinya". Surat Nabi SAW itu
terus dibacakan hingga selesai, dan setelah semua
pengiring-pengiring Kaisar keluar dari majlisnya, aku
pun dipanggil untuk masuk.

Bersamaan dengan itu dipanggilkan Uskup yang
mengetahui seluk-beluk agama mereka. Kaisar lalu
memberitahu Uskup itu, dan dibacakan sekali lagi surat
itu kepadanya. "Inilah yang selalu kita tunggu-tunggu,
dan Nabi kita Isa sendiri telah memberitahukan kita
lama dulu!" jawab Uskup itu kepada Kaisar. "Apa
pendapatmu yang harus aku buat?" tanya Kaisar kepada
Uskup. "Kalau engkau tanya pendapatku, aku tentu akan
mempercayainya dan akan mengikut ajarannya", jawab
Uskup dengan jujur. "Tetapi aku jadi serba salah",
kata Kaisar, "Jika aku ikut nasihatmu, akan hilanglah
kerajaanku!" .

Kami pun keluar meninggalkan tempat itu. Dan kebetulan
sekali, waktu itu, Abu Sufyan bin Harb sedang berada
di Rom. Abu Sufyan dipanggil oleh Kaisar ke istananya
dan ditanyakan tentang diri Muhammad SAW itu.

"Coba engkau beritahu kami tentang orang yang mengaku
Nabi di negerimu itu?" tanya Kaisar.

"Dia seorang anak muda", jawab Abu Sufyan.

"Bagaimana kedudukannya dalam pandangan masyarakat
kamu, dia mulia?".

"Tentang kedudukannya dan keturunannya, memang tiada
siapa yang melebihi kedudukan dan keturunannya! " jawab
Abu Sufyan jujur.

"Ini tentulah tanda-tandanya kenabian." Kaisar
berbisik-bisik kepada orang-orang yang di sampingnya.

"Bagaimana bicaranya, adakah dia selalu berkata
benar?"

"Benar", jawab Abu Sufyan. "Dia memang tidak pemah
berkata dusta".

"Ini lagi satu tanda-tandanya kenabian!" Kaisar terus
berbisik-bisik kepada orang-orang yang mengiringnya
itu. "Baiklah", kata Kaisar lagi. "Orang yang
rnengikutnya dari rakyatmu itu, adakah dia
meninggalkan agamanya, lalu kembali semula kepadamu?"

"Tidak", jawab Abu Sufyan.

"Ini lagi satu tanda-tandanya kenabian!" kata Kaisar
pula. "Adakah terjadi peperangan di antara kamu
dengannya?"

"Ada!" jawab Abu Sufyan.

"Siapa yang selalu menang?"

"Kadang-kadang dia mengalahkan kita, dan kadang-kadang
kita mengalahkannya" , jelas Abu Sufyan.

"Ini lagi satu tanda-tanda kenabian!" kata Kaisar
Romawi itu.

Berkata Dihyah Al-Kalbi ra. seterusnya: Maka aku pun
dipanggil oleh Kaisar Romawi itu, seraya dia berkata
kepadaku: "Sampaikanlah berita kepada pembesarmu itu,
bahwa aku tahu dia memang benar Nabi", dia menunjukkan
muka yang sungguh benar dalam kata-katanya. "Tetapi
apa daya", katanya lagi, "aku tak dapat buat apa-apa,
kerana aku tidak bersedia ditumbangkan dari
kerajaanku!" Kata Dihyah Al-Kalbi ra. yang menghayati
semua peristiwa ini.

Adapun sang Uskup itu pula, maka ramailah orang yang
datang ke gerejanya setiap hari Ahad. Dia terus
menemui mereka dan menyampaikan semua ajaran Nasrani
itu. Memang itulah kerjanya setiap hari Ahad. Tetapi
apabila tiba hari Ahad sesudah pertemuan itu, dia
terus berdiam di rumahnya, tiada mau keluar seperti
biasanya. Sesudah perkenalan hari pertama, memang aku
sering datang kepadanya untuk berbicara mengenai agama
Islam, dan dia terus-menerus menanyakanku tentang Nabi
SAW.

Ahad berikutnya, Uskup itu terus berdiam diri, dan
orang ramai merasa kecewa menunggu, namun dia tidak
datang juga. Maka datanglah orang ke rumahnya
menanyakan kabar, maka dia minta diuzurkan kerana
sakit. Hal serupa ini berlangsung sehingga
berkali-kali, sehingga orang mencurigainya. Mereka
lalu mengirim utusan kepada Uskup itu, memberikan
peringatan kepadanya, jika tidak mau datang juga ke
gereja untuk menyampaikan ajarannya, maka mereka akan
datang beramai-ramai ke rumahnya dan akan membunuhnya,
kerana mereka telah menyangka, bahwa sejak datangnya
si orang Arab itu ke Rum, sikap Uskup telah banyak
berubah.

Uskup Romawi itu pun memanggilku datang ke rumahnya.
"Ini suratku, ambillah dan serahkan kepada pembesarmu
itu", pesan Uskup itu dengan hati yang tidak tenang.
"Sampaikan salamku kepadanya, dan beritahukan bahwa
aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan
bahawasanya Muhammad itu adalah Utusan Allah. Katakan
juga, bahwa aku beriman dengannya, mempercayainya, dan
menjadi pengikutnya. Dan kaumku telah mengingkari
semua kata-kata dan nasihatku, kemudian engkau
ceritakanlah pula apa yang engkau saksikan itu", pesan
Uskup itu kepadaku. Apabila Uskup itu enggan datang ke
gereja lagi, mereka marah, lalu mereka membunuhnya.
(Al-Haitsami: Majma'uz-Zawa' id 8:236-237. Abu Nu'Alm
pula meriwayatkan cerita yang sama, tetapi ringkas,
dalam Dalaa'ilun-Nubuwah, hal. 121.)

Abdan memberitakan dari Ibnu Ishak yang menukil dari
beberapa orang yang mengetahui peristiwa ini, katanya
bahwa Heraklius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi ra.
"Celaka engkau, memang demi Allah, aku tahu bahwa
pembesarmu itu adalah Nabi yang diutus, dan dialah
orang yang kita tunggu selama ini, dan sifatnya
tersebut di dalam kitab kami. Akan tetapi, apa daya,
aku bimbang aku akan ditumbangkan dari kerajaanku.
Kalau tidak kerana itu, tentu aku akan mengikutnya.
Coba engkau pergi kepada Uskup kami dan jelaskan
tentang perkara pembesarmu itu, kerana Uskup itu lebih
dihormati orang dari hal agama dan bicaranya tentu
lebih diterima!".

Maka Dihyah pun mendapatkan Uskup itu dan menceritakan
berita yang dibawanya itu, maka setelah didengar semua
berita itu, Uskup itu berkata: "Pembesarmu itu, demi
Allah, adalah seorang Nabi yang diutus, kami
mengetahuinya dengan sifat-sifatnya dan namanya!"
Uskup itu lalu melepaskan pakaian gerejanya, dan
menukarnya dengan pakaian serba putih. Dia pun keluar
di khalayak ramai sambil mengisytiharkan penyaksiannya
menjadi Islam. Orang ramai pun mengerumuninya dan
membunuhnya. (Al-Ishabah 2:216)

TUHAN... BILA LAGI BANTUAN-MU DATANG!

TUHAN... bila lagikah bantuan-Mu datang,
Tuhan... bila lagikah pertolongan- Mu tiba,
Moga-moga permintaanku ini tidak dilanggar adab,
Tuhan... bila lagi pejuang-pejuang kebenaran diberi kemenangan.
Pejuang-pejuang kebatilan dikalahkan,
Tuhan... jangan biarkan kami tanpa bantuan.
Jangan tinggalkan kami tanpa pertolongan.
Puak-puak kebatilan telah melakukan sewenang-wenangnya.
Mereka telah melakukan maksiat dan kemungkaran.
Mereka telah menganiaya dan menzalimi setiap masa,
Tapi mereka dianggap pejuang-pejuang kebenaran,
Mereka dianggap wira-wira bangsa dan agama.
Golongan yang benar-benar menegakkan yang hak dan keadilan,
Tersisih ditengah-tengah kehidupan.
Mereka sudah tidak dianggap manusia yang patut dibela.
Sekali pun oleh pejuang-pejuang yang memberi nama Islam.
Aku membisikkan ini kepada-Mu bukan rasa kecewa,
jauh sekali putus asa.
Tapi Engkau adalah tempat aku untuk mengadu,
Bisikanku kepada-Mu Tuhan,rasa bahagia.
Aku rasa dapat bermanja dan bermesra.
Engkau Tuhan adalah hiburan hatiku.

JAWATAN KOSONG UNTUK MANUSIA !!

JAWATAN KOSONG UNTUK MANUSIA !!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian
Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas
untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa wang atau harta
yg banyak.
Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nangkir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput
yang berkaliber untuk menjemput
anda.Ia akan menjemput anda pada
bila-bila masa saja (mungkin
sekejap nanti)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...