MASJID KG. LAUT
Merupakan sebuah masjid yang unik dan menarik dari segi pembinaannya. Keistimewaan masjid ini adalah struktur binaannya diperbuat daripada kayu dan tidak menggunakan paku dimana ianya hanya dipasak. Bangunannya masih lagi kekal dan utuh untuk digunakan sebagai tempat beribadat.
Kini Masjid ini terletak di Nilam Puri dimana ianya telah dipindahkan pada tahun 1965dari tapak asal kerana didapati tapak asalnya telah berada didalam Sungai Kelantan.
KOLAH MASJID KG. LAUT
Kolah ini dijumpai didalam Sungai Kelantan iaitu di tapak asal Masjid Kg. Laut. Ianya merupakan salah satu peninggalan masjid Kg. Laut dan didapati struktur binaannya masih kekal dan elok walaupun telah ditenggelami air.
SULUK TOK SELEHOR
Merupakan tempat beribadah atau pertapaan seorang Wali yang digelar Tok Selehor atau nama sebenarnya Abd. Rahman bin Othman.
Lokasi perletakannya adalah di Tanah Perkuburan Kok Pasir yang dibuat seperti lubang kubur dimana saiznya hampir sama dengan kubur yang dibina untuk beribadat kepada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment